Followers

dia yang masih belum kita ketahui siapa


assalamualaikum

pernah tak kita terfikir , persoalan-persoalan ini bila dikaitkan dengan "dia" yang Allah swt takdirkan untuk kita ? pernah tak ? pernah ? . saya ? almost ! haha . antaranya ?

1 . nama dia siapa?
2 . umur berapa?
3 . berapa tahun dia tua atau muda dari kita ?
4 . asal dari negeri mana ?
5 . kerja apa ? 
6 . rupa dia bagaimana ? dan etc pendek kata nak tahu semua

tapi , semua ni adalah rahsia Allah . Allah simpan janjiNya dan akan pertemukan kita bila sampai waktunya . cepat atau lambat , didunia atau disyurga , Allah tetap akan kotakan janjiNya . dan kita sebagai hambaNya haruslah percaya yang jodoh itu sudah ditetapkan . tidak kira siapa pun dia , dimana pun dia berada , Allah akan kenalkan dan pertemukan kita dengan cara Allah sendiri . di jabal rahmah mungkin , di depan kaabah mungkin , di pintu-pintu masjidil haram mungkin , di perairan sungai nil mungkin  , di depan eiffel tower mungkin , di tempat salji winter sonata mungkin , di hospital mungkin . di kedai runcit mungkin dan jalan tar masjid india juga mungkin kan ?


memilih ? perlu buat saya . tapi bukan terlalu memilih . bukan bercinta sekadar dipisah hidup atau mati , bukan bercinta sehingga akhir hayat semata-mata , bukan bercinta tanpa ikatan halal tapi bercinta hingga sampai ke syurga Allah . amin . :') 


saya sendiri belum mahu beri jaminan adakah benar seseorang itu "dia" yang diciptakan untuk saya . boleh jadi bukan dia , tapi kawan dia , boleh jadi bukan dia , tapi abang dia . dan untuk dia yang masih belum saya ketahui siapa , ingin saya khabarkan saya mencintai dia yang Allah takdirkan untuk saya tanpa sebarang syarat , walau siapa pun dia :') kerana cinta dihati saya adalah istimewa untuk "dia" yang Allah swt janjikan itu . tengok , saya tak tahu lagi siapa dia tapi saya dah sayang and cintakan dia . hebat tak ? hebat tak ?


untuk dia yang belum saya ketahui siapa ,

ehem, ehem . memang saya tak kenal lagi siapa awak . mungkin saya tak tahu lagi rupa awak dan persoalan-persoalan yang saya kerap tanya diri saya sendiri soal awak . tapi saya yakin Allah jaga hati awak untuk saya . dan jangan risau saya juga akan jaga hati saya untuk awak . saya tahu Allah beri yang terbaik untuk saya bila Allah ciptakan saya untuk awak . saya sangat percaya janji Allah kerana saya tahu Allah takkan pernah berbohong kepada hambaNya . walaupun kita masih tak tahu dimana kita akan dipertemukan , tapi saya yakin Allah akan perkenalkan saya dan awak dengan cara Allah yang tersendiri . dan kita sama-sama tahu perancangan Allah itu jauh lebih baik bukan ? biar sampai satu hari nanti , kita berjumpa dan bertemu atas keredhaan Allah swt :') . biar kita lestarikan kisah cinta kita dengan cara kita tersendiri . halal , nikah serta saling mencintai tanpa syarat . jika bukan didunia , mungkin disyurga :'( awak ingat ya :)



agak-agak dia pakai braces tak ? *dah buat dah dengan syahir dia haha*


p/s : saya sayangkan mak dan ayah kerana Allah swt :') saya sayangkan keluaga saya kerana Allah dan saya juga akan sayangkan "dia" yang masih belum saya ketahui siapa kerana ALLAH :') 

hari kelepasan

assalamualaikum


tak biasa biasanya saya menaip untuk bagitahu aktiviti saya dalam sehari . ya lah , aktiviti saya kan macam membosankan . masuk kelas , masuk wad , balik asrama , basuh baju , angkat baju , gosok baju dan makan . semuanya sama dan tak ada beza dalam sehari . so , bila dapat cuti sehari , rasanya awesome bila dapat keluar dengan kawan-kawan , shopping dan makan-makan . tapi jadi tak awesome bila duit diperhabiskan ! mentang-mentang akhir bulan kan elaun masuk . hehe . dont worry dont worry , kan ada buat saving jugak untuk bulan ni . hee :)



kitorang ramai dalam belas-belas jugak keluar , tapi dalam arah yang berbeza . satu group pergi megamall and satu group lagi pergi east cost mall . as a student , kita kena jimat cermat . kalau naik teksi kompem rm10 melayang . so kitorang decide naik bas rapid kl gitu haha tapi kat kuantan bukan rapid kl lah , bee huat je kot . actually ni second time saya naik bas , masa mula-mula dulu pergi giant fuhh jakun gila , sampai tong sampah dalam bas tak nampak pergi langgar je . haha . tapi specialnya bas ni ada icon dan cuma bayar rm1 je . jimat kan ?



dan saya sendiri tak tahu kenapa sekejap sangat duit melayang rm70 . ya , mungkin banyak masuk dalam perut . tengok boros lagi . bila banyak sangat nampak berkenan semua main bantai nak . perempuan kan , biasalah :P . oh kejap . dekat tengah-tengah ruang legar ecm ni banyak sangat perabot ala-ala korea gitu . kebanyakannya colour putih . my fovourite colour :) . sangat berangan nanti dah habis belajar kerja , ada rumah and nak hias ala-ala korea . saya tak nak rumah yang besar , mewah dan segala bagai . cukuplah kecil molek  comel dan ruangnya cukup untuk family saya . impian :) yang gambar atas ni almari solek .




actually kitorang pergi ecm dalam 5 orang . then , bila balik cuma 3 orang . berpecah kesana dan kesini . menunggu dan ada lagi nak pergi mana-mana jadi decide untuk berpecah .




ni berhenti penat sekejap . tapi cari kerusi tak jumpa pun . so , tersadai je lah . sambil bercerita dan bersembang yang entah sendiri tak masuk exam , padahal final seminggu lagi kot . hebat betul . takpe release tension before exam . esok kan dah nak start gila-gila struggle.
dah tak tahu arah tuju nak pergi mana . so , kitorang decide untuk balik . sakan kot jalan hari ni .
nak upload gambar banyak sebenarnya . tapi after dah nak habis loading , dia loading lagi sekali . lambat sangat nak tunggu . maybe ni je kot . tak semena-mena update activity biasa hari ni . okaylah .

p/s : saya memang terbiasa akan panggil budak-budak muda adik . even diorang sebenarnya dalam 20 han dan lebih tua dari saya . bukan apa , bila diorang anggap kita lebih tua daripada diorang , maybe akan lebih hormat kita sikit kot . takde lah kalau nak beli apa-apa , diorang buat main-main dulu ye dak ? haha . sampai patient pun saya panggil adik . then , bila diorang perhati ic dalam matrik kad saya , baru diorang tegur yang saya ni adik :P

assalamualaikum :)

siapa-siapa nak jadi nurse , meh sini nak bagitahu sikit :)



assalamualaikum


entry ni khusus untuk lepasan spm barangkali . pagi-pagi saya dah menaip . okay bila bercakap pasal nurse ni , dulu saya tak nak pun jadi misi . since , adik beradik perempuan saya semuanya nurse , saya ingat saya nak jadi cikgu . okay tak nak cakap pasal cikgu , sebab saya hampa sangat after spm saya tak dapat T , T tapi kena fikir positif , ada sebab Allah takdirkan saya jadi misi . ehem ehem ehem !


sebelum saya masuk uitm , saya ada hadiri temuduga yang berlangsung dekat htaa kuantan , (ceh ayat macam skema) . masa tu saya lah orang paling lewat sekali datang . actually saya tak nak pergi pun , sebab saya tak minat dalam bidang pra medic ni . mula-mulalah terkejar-kejar cari tempat temuduganya . rupanya , ada sorang lagi yang lewat datang , so takde nak malu sangat kan ? hehe . after jawab 100 soalan ya atau tidak dengan menggunakan logik akal semata-mata , startlah pulak untuk di "temudugakan" masa tu saya umur 18 , yang umur 18 tak ramai sangat , beberapa orang je pun . and dengan rendah dirinya ,  saya pandang diorang-diorang tu semua student universiti , ambil course yang "umph" pulak tu dan semuanya macam pandai-pandai gitu . apalah sangat saya masa tu baru lepasan spm kan


so , tunggu punya tunggu , sampailah turn saya . yang hampehnya , pagi tu saya prepare bagai nak gila dalam perjalanan nak kesana dok hafal tugas-tugas jururawat , nama menteri kesihatan dan bla bla bla , ada ke yang temuduga tu tanya saya macam ni "kalau awak ni pengerusi majlis , macam mana awak nak aturkan sesebuah majlis tu?" sudah sudah , saya sampai tercengang . guwa hafal lain , lu tanya lain der , macam mana ni ? so , saya main bantai je lah jawabnya . dan saya adalah orang paling sekejap di "temuduga" . orang-orang kat luar sampai cakap "hahh , dah siap dah" dan saya pun cakap-cakap lah dengan mak saya , maybe tak dapat ni . ohh ya , saya datang dengan mak saya , actually dia yang banyak urus mendalah semua ni . tapi , mak saya stay cool je bila saya cakap macam tu , sebab dia pun tahu pesaing hebat-hebat belaka nak dibandingkan dengan saya yang baru lepasan spm kan . padahal dalam hati masa tu saya suka sangat-sangat sebab gerenti tak dapat . kan saya cakap saya tak minat :D


bila hari berganti hari , bila minggu mds dah berakhir dan saya sibuk menikmati kehidupan yang awesome dekat uitm  , sampailah surat daripada SPA yang dengan sukacita dimaklumkan saya lulus temuduga dan diterima masuk bla bla bla . ya Allah , saya jadi speechless masa tu , tak tahu nak cakap apa . dipendekkan cerita , saya call mak saya then saya istikarah . hati saya kuat mengatakan untuk saya pergi . walaupun parent saya tak kisah saya pilih mana , tapi saya tahu , parents saya mesti nak saya pergi spa ni . ya lah benefit dia banyakkan , keluar terus dapat kerja , kos-kos belajar ditanggung , elaun pun masuk tiap-tiap bulan and bukan semua orang akan dapat peluang ni . so , fine saya pergi


bila dah pergi tu , ya Allah . saya rasa nak balik semula uitm , menyesal marah kecewa hampa semua ada . saya tak nak jadi misi . asyik-asyik kena marah , asyik-asyik kena ini dan itu . penat sangat . penat berdiri tanpa duduk , penat bekerja tanpa henti (ceh ceh) , penat belajar aliran yang kita tak ambil masa sekolah dulu . kan saya budak account , bukan budak science . tapi ada satu yang saya bersyukur sangat , bila kita bantu orang , Allah akan bantu kita , bila ikhlas dalam melakukan sesuatu , Allah permudahkan kerja kita , bila patient kata terima kasih , Allah beri rasa ketenangan dan membuatkan saya , eh best apa jadi misi ni ! hehe . so , bila ada adik-adik ada keinginan nak jadi nurse , better fikir banyak-banyak kali . jika rasa tak mampu nak tahan busuk main dengan benda kotor , takut darah , geli dengan nanah , geli dengan muntah , dan so what ever maybe ni bukan kerjaya pilihan anda . dulu nursing bukan kerjaya pilihan saya jugak sebab apa ? sebab saya nak jadi cikgu (dah banyak kali saya mention ni start saya ada blog) tapi bila saya kaji dan kaji (ceh,bajet) , sebenarnya ada aliran dan jalan untuk saya jadi cikgu , walaupun bukan disekolah , diwad pun jadi lah , contoh , ajar patient guna MDI , ajar senaman pernafasan batuk and etc , ajar waris cara merawat dengan betul dan bla bla bla . dan yang paling best , tiap-tiap bulan elaun masuk :P


p/s : hari ni last masuk wad sebelum study week seminggu . kan dah nak exam . doakan :)




"amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawab kepada seseorang sama ada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) ataupun hak manusia  (hak insan) baik merupakan pekerjaan perkataan atau pekerjaa hati"

10 days left




assalamualaikum :)

apa nak taip ya ? serius macam tak de idea dah sekarang . since , masuk wad memang agak busy and apatah lagi sekarang cuma tinggal 10 hari sahaja untuk final . so , macammana nih ? preparation baru berapa je ni . oh , alhamdulilah result mid sem baru-baru ni agak baik dan saya lulus semua subjek . alhamdulilah :') . dan sekarang saya perlu struggle untuk final pulak . saya tak tahu kenapa ni , saya asyik emosi sekarang . mudah sangat nak marah orang , mudah sangat terasa . maybe hormon epinephrine dengan norepinephrine tengah meluap-luap keluar sekarang ni dan biasalah juga bila tekanan nak exam ni . saya cuba untuk tahan marah , jaga kata-kata tapu diakhirnya akan terkeluar jugak rasa marah sampaikan kawan-kawan cakap "qema dah start lah tu"  ya Allah , apa kenalah dengan aku :')

sekarang memang jarang online , bagus jugak bila buat acc fb baru sebab tak terasa tertarik pun nak buka facebook sekarang . seriously . nak exam tak boleh nak online sangat . saya kena fokus . apatah nak penuhkan buku cross lagi , bila sister-sister busy tak boleh nak tanda cross kita . i feel like urghhh . susahnya ....mulalah masa ni , saya rindu sangat nak balik kemaman . penat , rindu dekat family , semua ada . 


saya ni je kot . macam membebel je kan ? haha . doakan saya untuk final kali ni . serius tak nak kecundang untuk yang kedua kalinya . Allahummayasirwalatuassir :)





lama tak upload gambar . makin makan banyak , makin tembam , makin bla bla bla dan makin takde idea nak tulis blog ! :D










happy birthday beloved 'mak' :')


assalamualaikum



"saya sayang mak kerana Allah swt"

p/s : alhamdulilah after mak buat endo untuk check penyakit dia , keputusannya sangat baik . alhamdulilah ya Allah , Kau dengar dan kabulkan doa kami semua :')


bila lama tak bersua

assalamualaikum hai :)

bila kehidupan busy bagai nak gila , penat tak tunggu masa , hati pulak jadi gundah gelana . dan sekarang , bila ada kat rumah . wow , rasanya awesome gila ! ! ! hehe



"kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai , aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat"


okay , bila kerja bagai tak henti pagi petang pagi petang . vericose vein mula muncul dikaki . penat okay penat sangat berdiri lama bila kerja dalam wad . and almaklumlah bila masuk je praktikal ni macam-macam terjadi . bila tengok iklan realiti mentor , protege kena marah teresak-esak menangis ,  ek eleh pasal nyanyi je pun bukannya penting sangat . guwa ni hari-hari kena marah and dah lali pun bila bekerja under orang yang lebih tinggi pangkatnya dengan kita . and ofcourse lah rasanya bagai hot sangat kat hati .

saya tak tahu andai saya ni ego sangat atau saya ni memang tak boleh nak kawal emosi . okay-okay mengaku , kadang-kadang memang saya akan terlalu ikut cakap hati . kadang-kadang saya dah bosan asyik kena marah , kena perli dan kena suruh . okay terus terang lah kan , saya bercakap soal pangat diantara seorang doktor dan seorang nurse . kamon-kamon lah setiap orang ada tugas masing-masing and kita ni memang saling memerlukan . and ada kata-kata yang buat saya panas teling sangat . masa tu dia tengah check i/o chart and maybe ada sedikit kesalahan kat situ (kejadian ni terjadi kepada orang lain , tapi saya ada berhampiran disitu) so , he said

" saya boleh buat kerja nurse you ingat you boleh buat kerja i ! " sambil ketuk-ketuk meja kardiak

aiseyman , memang kita tak belajar tinggi macam doktor , but at the same time cuba fikir , kalau nurse tak de , sempat ke doktor buat semua tu ? nak update ni nak update tu . berlagak lah . okay , saya sendiri mengaku yang saya sendiri tak mampu nak buat kerja doktor but okaylah kot  , sebab kami tak belajar apa yang doktor belajar . wajarlah , sesuatu ilmu yang kita belajar kita tahu dan mampu lakukan. tapi cuba doktor buat kerja nurse , tukarkan pampers pesakit , buang air kencing pesakit ataupun yang lebih awesome sikit , basuh berak patient ? can you do that ? sebab buat semua ni tak perlu ilmu pun , cuma perlukan skill dan tahan busuk . bolek ke doktor ? ni tak , bila tiba-tiba patient kencing tau b/o mulalah nnak panggil adik student suruh cuci . so apa yang tak kena dengan awak ah doktor ?

okay situasi kedua , hari tu after buat vitalsign saya tertinggallah pen dekat fail patient sebab saya nak cepat-cepat pergi buang branula patient dah boleh discharge , then bila saya teringat dekat pen saya balik , saya terus pergi dekat fail tersebut nak ambil balik pen tersebut . bermulalah kisah , bila ada doktor tengah tulis report dan fail yang ada pen tu tertindihlah bawah report dia . so , saya pun katalah

" sory , doktor saya nak ambil fail ni jap " *dah lembut sangat suara*

tahu dia cakap apa ?

" nah ! nah ! ambil ! pergi ! pergi ! "

hilang respect saya pada masa itu jugak ! of course lah bila saya cakap baik-baik , tapi dibalasnya dengan secara kasar dan seperti menghalau , ini dah naik lemak doktor-doktor ni . you ingat vitalsign tu tak penting ke hahh ? bukan ke bila you buat report you refer pada fail vitalsign ? siapa yang ambil vitalsign ni ? nurse jugakkan . dah tak reti nak elokkan bahasa ke ? sekalipun pangkat you tinggi , you ingat i heran ke ? okay heran lah jugak kalau dalam wad or hospital kan . tapi kalau dekat luar , jangan harap guwa nak pandang lu , guwa buat lu macm warga asing je ! 

situasi ketiga , bila ada adik freshy baru masuk wad . mestilah macam agak blur sikitkan , saya dulu pun macam tu terpinga-pinga jugak . and then adalah pulak doktor ni suruh adik tu ambil bakul tertutup untuk letak blood . tapi dia cakap dalam bahasa omputeh lah , ntah saya sendiri tak faham sebab dia cakap laju sangat . then , adik tu macam terpinga-pinga lah tak tahu nak ambil apa , pastu dia pergi ambillah tempat letak blood yang penutup colour kuning bagi doktor tersebut . lepas tu boleh pulak doktor tu cakap

" eh bukanlah , kenapa lah malangnya nasib saya bekerja dengan orang blur ni "

guwa dengar pun guwa panas der ! lu suruh orang , pastu lu ejek pulak orang eh ? dah tu kerja kau kan , tak reti-reti nak buat sendiri ! dahlah mengarah orang ! lu ingat tu kerja kitorang ke kena buat ? kata mintak tolong tapi hampeh gila ayat . kesian lah adik tu kan .memang orang yang tak pernah kerja dalam wad tak tahu mendalah apa sebab yang nak letak blood tu dah rupa macam tong airbatu kecik dah saya tengok. then , tengah-tengah saya update i/o chart dia panggil pulak saya suruh tolong hantar ABG dekat makmal . hello , u ingat i ni despatch ke hah duk suruh hantar barang ? okay takpe orang mintak tolong kita tolong , kita releks dulu . 

bila nak masuk lif tu , alih-alih dia pun masuk lah dekat kawan-kawan dia yang doktor jugak dengan kot putih yang tinggi pangkatnya tu . dia tengok saya ada dalam then dia cakap

" adik nanti awak tunggu sekali keputusan dia eh , pastu awak bagi dekat staffnurse bertugas , saya nak rehat sekejap "

guwa pun apa lagi , hati guwa macam dah nak terbakar nak menjerit pun ada . tapi still kena jaga kesopanan lagi , tak boleh bikin malu depan-depan budak-budak berpangkat lah sangat ni . so , saya pasrah saya hantar dan tunggu je result . tunggu je then ikut je apa yang dia suruh hantar dekat staffnurse . sampai skip waktu rehat , tahu tak guwa lapar ? tahu tak ? !! dahlah mengarah orang , berterima kasih pun tak . how dare you . main-main dengan AJ . haha . jangan haraplah saya nak buat lagi mendalah-mendalah gini . 


based on the situation , kita sama-sama tahu yang kita saling memerlukan , so jangan nak sombong dengan pangkat yang kau ada . gaji kau tinggi ke , kerja kau awesome ke , tak heran sebab masih ramai lagi doktor yang baik hati , yang ikhlas kerjanya berbanding dengan mereka diatas ni . mereka okay yang menunjukkan beberapa orang jugak . bye !




" JAWATAN BUKANLAH SATU KEHORMATAN , TETAPI ADALAH AMANAH DARIPADA ALLAH SWT "
-khalifah othman affan-



assalamualaikum



maruah diri wanita dan nilainya disisi lelaki ?

assalamualaikum :)


ada satu situasi yang membuatkan saya untuk menaip entry kali ni 

"ada seorang gadis , begitu menyayangi kekasihnya , begitu mencintai kekasihnya , walaupun hakikat lelaki tu cuma biasa-biasa sahaja . nak kata lelaki tu berperibadi mulia ? solat pun still terkontang-kanting , nak kata handsome ? still tak boleh lawan shahir zawawi (ehem-ehem) , nak kata kaya ? dia masih belajar lagi , dan semua perbelanjaan dia mak ayah yang tanggung , nak kata apa lagi ? pendek kata , dia cuma biasa-biasa sahaja , tetapi ada seorang gadis begitu menyayangi dan mencintainya sehinggakan apa sahaja kata lelaki itu dituruti , walhal mereka bukan pasangan yang halal lagi "

tapi kenapa seorang gadis itu terlalu mencintai lelaki itu ? cinta ? ianya bukanlah disebabkan cinta semata-mata , ianya mungkin dari aspek lain pula . okay sekejap , apa yang nak saya utarakan ini mungkin akan menyentuh sensitiviti beberapa pihak . dan pihak itu mungkin dalam kalangan yang membaca ini .  saya jadi teringat kata-kata seorang wanita (sudah berkahwin)

"ada sesetengah perempuan , yang tak boleh nak tinggalkan atau lupakan seseorang lelaki itu , berkemungkinan mahkota dirinya sudah diragut oleh lelaki tersebut"

ada betulnya apa yang diberitahu wanita tersebut ,  cuba fikir dari segi logik akal , lelaki tidak punya apa-apa kesan atau tanda apabila kejadian songsang tu berlaku , tapi perempuan , impaknya besar . sebab tu lah kadang-kadang kejadian bunuh diri banyak berlaku pada kaum wanita . am i right ? mungkin ramai yang tak kisah tentang maruah diri , mungkin ramai yang lihat dengan hanya sebelah mata , but at the same time , tahukah kamu wahai kaum hawa ? Allah pandang tinggi nilai sebuah harga diri itu ? yang pastinya ianya hanyalah untuk yang halal buat kamu , bukan untuk seseorang lelaki pemusnah ! bukan !

dan mungkin ada yang akan kata , ala kamonlah zaman sekarang mana ada yang kisah lagi dengan mendalah maruah diri ni ? hello ! yang tak kisah tu cuma orang yang bercakap tu je , walhal bila diteliti , ramai weh orang kisah , ramainya yang boleh hapuskan komuniti pemusnah maruah diri seseorang macam yang bercakap tu . 

"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik , perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang penzina adalah untuk lelaki yang penzina"




"aku tidak akan menjatuhkan kesucian wanita dengan menyentuh dirinya , aku tidak akan mengetepikan martabat wanita dengan mengusik hatinya , aku tidak akan menghanyutkan maruah wanita dengan keluar bersamanya , aku tidak akan merendahkan kehormatan wanita dengan memegang tangannya"
via lelaki soleh idaman wanita solehah


kaum adam , apa nilainya maruah diri seorang perempuan dimata kamu ? dan kaum hawa , tolonglah nilai dengan sebaik-baik nilai maruah diri seorang lelaki juga . maruah kita yang lain jantina ini , tinggi disisi Allah swt . jangan pula nak salahkan cinta jika , kita sendiri yang membawa haluan sesebuah cinta itu ke arah neraka Allah swt . cinta itu mulia pada asalnya , kerana ia adalah pemberian Yang Pencipta dan cinta itu jadi keji bila seseorang manusia itu gabungkan sessebuah cinta itu dengan nafsu . yang sedang mereka hadapi bukan cinta , tapi nafsu semata-mata.


"andai nanti aku jatuh cinta , dicintai dan saling mencintai , lindungi aku dan dia dalam perlindunganMu , pelihara kesucian cinta pemberianMu , dan satukan kami dalam satu ikatan halal yang diredhaiMu , walau siapapun dia yang masih belum aku tahu siapa"

p/s : bercinta itu tidak salah jika kita tahu bagaimana harus membawa nilai sesebuah cinta itu , ke neraka Allah atau syurga Allah . moga Allah merahmati pasangan yang bercinta , dan moga Allah mlindungi kita daripada tipu daya syaitan . ameen

perempuan yang cantik ialah perempuan yang pandai menjaga maruah diri 



hari pertama praktikal untuk semester 2

assalamualaikum


3 bulan dah habis untuk teory . after habis mid sem exam , terus saya masuk wad untuk praktikal selama 2 bulan lebih mungkin , tapi depend jugak . then , akan ambil FINAL :) sebenarnya bukan hari pertama , ni sebenarnya dah hari keempat termasuk dengan hari kelepasan cuti saya . so , ada masa rasa nak share sedikit sebanyak , walaupun saya rasa agak penat sebab semalam kerja shift petang , hari ni terus injak ke pagi . balik tadi pun after solat , basuh baju , angkat baju . lipat baju , buang sampah , saya terus tertidur , lenguh sangat kaki . dan sempat jugak bila saya terkejut bangun tidur tu , saya ingat saya dah terlepas bangun pagi untuk pergi kerja . lepastu tengok jam rupanya baru pukul 5pm . siap termimpi lagi buat dextrostik dalam wad . haha


so , untuk semester dua , lebih banyak lagi yang saya teroka pasal pramedic ni . kalau dulu masa sem 1 , ianya lebih kepada care patient and sekarang banyak prosedur-prosedur yang agak rumit barangkali . tapi alhamdulilah , semuanya dalam keadaan baik . alhamdulilah saya dapat beri injection walaupun mula-mula nak buat terketar-ketar tangan , then bila lama-lama jadi ketagih pulak nak beri injection since dapat buat dengan jayanya masa percubaan pertama . ya lah kan , sebelum ni buat kat patung je , bila buat kat patient sebenar agak cuak lah kan . tapi alhamdulilah , semuanya dalam keadaan baik :D


then , saya jaga bahagian ubatan and boleh tahu , ni ubat apa , ubat ni untuk apa walaupun pada asalnya ashik tanya staffnurse macam mana nak baca medication chart tu sebab ala faham-faham je lah tulisan doktor . lidah saya pun berangkai nak baca , sama naik dengan tulisan doktor . but it's okay , tulisan doktor takdelah buruk sangat pun , cuma kadang-kadang diorang tak sempat , wad busy . tu yang kemainnya berangkai tu . 


dan macam biasalah bila masuk wad , banyak perkara-perkara sensitif yang menyentuh hati . first day pun dah ada seorang patient and pelawat nangis depan saya . masing-masing dengan masalah dan dugaan tersendiri . oh lupa nak bagitahu , untuk minggu ni saya masuk wad medical perempuan . yang kadang-kadang aktif dan kadang-kadang pasif . takpe , hati kena ikhlas . selalu saya tekankan , kalau masuk wad perempuan , ianya seperti saya jaga mak saya sendiri dan bila masuk wad lelaki , ianya seperti ayah saya sendiri :')





rasa nak makan kek dengan aiskrim banyak-banyak ! haha tiba-tiba




apa lagi erk ? okay itu je kot . assalamualaikum :D