Followers

weekend iftar part 1

assalamualaikum


salam ramadhan ke-10 . ya Allah sekejapnya rasa dah 10 hari dah kita berpuasa . alhamdulilah :) okay , sebenarnya entry kali ni sepatutnya entry semalam punya cerita . tapi semalam saya penat sangat , tak sempat nak taip and loading gambar . jadi entry kali ni banyak gambar lah ya :)


bila tibanya hari ahad , means kolej saya akan off diet . masa nilah korang akan berdikari cari makanan sendiri tanpa mengharapkan persediaan daripada cafe lagi . uuuu..berdikari . haha . termasuklah bulan puasa . tak payah risau nak cari tempat berbuka dekat mana . sebab kat sini kita ada fresh lagi awesome bila berbuka ditengah-tengah padang dengan selautan manusia yang membawa bersama ahli keluarga , isteri , "couple" , kawan-kawan dan bla bla bla . actually bukan kat kuantan je kan ada macam tempat berbuka dekat padang , dekat kemaman pun ada cuma saya tak pernah pun pergi . kan better berbuka kat rumah . tapi kat sini , sebagai seorang student kita perlu dan wajib berbuka dengan style begini . 


malahan , (macam karangan) kat padang ni pun dekat sangat dengan masjid . so , after iftar bolehlah korang laksanakan terus solat maghrib dan terawih sekali . tapi , semalam saya dan kawan-kawan tak sempat lah terawih sekali sebab kitorang kena masuk sebelum 9.45 pm :) huh , panjang betul mukadimah .



sebelum pergi padang , saya singgah dulu dekat blaq show room untuk cari ole-ole buat raya . ole-ole kata kau . haha . ya , sedikit pembaziran disitu . takpe , sedikit sahaja kata aqmar jusof


#dah ubah dah style tudung . bila singgah dekat masjid sultan ahmad untuk solat asar , malas nak lilit-lilit bagai tudung . terus pakai bawal macam biasa . with one better ? with inner or without inner ?


dan perlulah berlagak ala-ala ayu gitu memandangkan semalam saya pakai jubah . hehe . sebenarnya kan selesa sangat pakai jubah ni . lagipun mudah sangat kalau nak solat . just pakai telekung kepala dan stokin . 



okay , ini siti norlinda , nama panggilannya besut . sebab dia berasal daripada besut , terengganu . salah seorang bestfriend here . apa yang paling saya suka keluar dengan dia ialah , saya lebih berjimat dan akan dapat barang dengan harga yang berpatutan . pandai tawar menawar dia ni . jangan main-main . and lastly , dia boleh tafsir lelaki ! jeng jeng jeng !



antara pelakon-pelakon awesome julai 2011 . kita tak sama umur pun , mereka lebih tua setahun dua dengan saya , tapi pemikiran kitaorang lebih kurang sama . yang pasti , gangster dalam kelembutan itu ada . haha , kemain !




ya Allah , dah lah menaip ni siang . kecur air liur guwa . takpe , rilek je dulu . hati ayam goreng adalah salah satu favourite saya . suka sangat ! nak-nak ayam PUTERI . orang duduk area kuantan tahulah kan . walaupun ianya tak berapa baik untuk otak , tapi bila kita fikir aspek kesihatan , okay apa buat tambah darah :P


with yuyu yang punya otak gila-gila tapi dia ni best student tau . 


after solat maghrib , dalam perjalanan nak balik asrama kolej 

habis je posing sakan ambil gambar pokok ict . jakun kemain . haha . ada beberapa orang gadis datang sapa saya and cakap nak ambil gambar sekali . saya ingatkan diorang tunggu kat situ , sebab nak tunggu turn ambil gambar dekat pokok purple tu . rupanya nak ambil gambar sekali . okay-okay takpe :P



saya ada lah tanya diorang belajar dekat mana . then , tak silap saya dengan cosmopoint . sebab kereta lalu lalang kuat sangat . betul dah rasanya saya dengar cosmopoint . and diorang panggil saya "akak" . haha , yang saya pulak duk bahasakanlah je diri ni akak :P even tak tahu pun umur berapa:)


bila dekat last nak bersurai tu . diorang cakap nak ambil gambar dengan saya sebab muka saya ada iras fida . itu je . pengaruh fida buat aqmar jusof menjadi orang lain diluar . er ? haha *tak sempat nak kenalkan yang saya ni aqmar jusof :P

okay , sampai sini je lah kan :) minggu depan insyaAllah saya akan berbuka dipadang lagi . yelah , tempat wajibkan . kalau ada rezeki , mungkin kita boleh bertembung . mana tahu boleh jumpa kawan-kawan dalam facebook and blog ni kan . takkan dalam alam maya je :)

terima kasih

perjelaskan isu inrelationship

assalamualaikum



sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 sudah kita berpuasa . alhamdulilah . cepat je kan masa berlalu . apatah lagi dunia saya yang sentiasa busy dan kadang-kadang bosan pun ada . kalau semester satu dulu ashik merungut + nangis je nak balik rumah . tapi bila dah setahun terbiasa dengan keadaan ni , dah kalis dah dengan apa-apa ke busy ian , walaupun mulut ni selalu merungut . haha . okay lali lali lali . aqmar jusof kuat merungut :D kalau perasan hari atau minggu je kan saya update blog . tu pun kadang satu entry sahaja . buat rajin dua entry . apa nak cakap lagi erk ? macam tak de idea =='

okay . oleh kerana cuti raya dah diumum . kelas terpaksa ditambah untuk cover cuti raya tu . means hari sabtu pun kitorang ada kelas . rasa macam blur je pergi kuliah hari sabtu sebab dah terbiasa cuti kan . nampak tak saya ni memang busy woman ? nampak tak ? kelas pagi sampai petang , assignment , kerja sekolah , ulangkaji , bertugas pengawas dan bla bla bla . dan ini membuatkan saya sangat penat apatah lagi sekarang ni bulan puasa kan . tak nafilah penatnya . jumpa katil dan bantal terus terlelap . 

adui , takde idea nak taip apa sebenarnya ==' tapi taip jugak kan ? annoying betul aqmar jusof nih ==' okaylah cakap pasal gambar bawah ni lah . excited tak , excited nak tahu tak ? haha annoying lagi =='



bila je saya tukar profile kepada inrelationship . semua macam biar betul ?? siap ada yang hantar chat bagai lagi nak sahkan betul atau tidak . komen apatah lagi kan . tapi saya tak reply pun kan ? okay , macam ni . pertukaran status yang korang lihat tu memang betul . tidak saya sangkalkan . eventhough , saya rasa macam nak tergelak sorang-sorang baca komen masing-masing . tak rasa pun , memang dah gelak pun :P . nak-nak part bff saya berebut nak jadi pengapit . baru inrelationship bukan engaged lagi . ada yang nak tolong angkatkan makanan . ada yang bagi duit raya ? *motif mende miro nok bagi duit raya ?* ada yang kata peminat misteri frust menonggeng lah . frust lah sangat , padahal guwa langsung takde peminat . jadi semua macam tertanya-tanya siapa kah gerangan "sidia" kan ? ada tak ni tertanya-tanya ? ingat nak bagitahu siapa dia . apa ? takde yang tanya ? okay takpe lah , kita rahsiakan dulu ya . haha :P





 okay , tak payah nak berteka teki lagi . *drum roll please ! haha . saya ada terbaca dalam satu cerpen , manusia yakni hamba Allah , mereka punya inrelationship . inrelationship yang sangat agung . iaitu Allah swt . kita siapa ? kita hamba Allah :') kita hidup untuk siapa ? kita hidup untuk Allah swt . kita inrelationship dengan siapa ? dengan Allah swt ! :') itulah maksud saya bila saya tukar status di facebook

aqmar jusof changed single to inrelationship with ALLAH swt 

siapa kata saya single ? siapa kata kamu single ? siapa kata korang single ? kita ada Allah swt . kita tak pernah berseorangan . alhamdulilah . Dia sentiasa bersama kita . walaupun hakikatnya korang rasa saya inrelationship dengan someone kan ? ehem ehem . iya ! ada ! hehe *berbelit betul aqmar jusof cakap , tadi kata takde* haha . okay , dont worry , saya masih berpegang dengan prinsip saya " love after akad , barulah sweet " maksud saya disini , walaupun dimata manusia , orang yang single ni tak punya boyfriend atau girlfriend , hakikatnya Allah dah ikatkan hati kita dengan seseorang yang Allah pilih sebagai pasangan kita . trust me . im not a trickster , im only nurse :)


walaupun masih belum bertemu atau mengenali dia siapa . saya masih rasa getar yang menghubungkan saya dengan dia . doa . doa adalah senjata mukmin :') . Allah akan satukan kita dengan cara Allah sendiri . masa nya akan tiba . future husband , saya tak curang okay . saya dah jelaskan yang diatas tentang pertukaran status tu

* jadi apa kata sama-sama kita tukar status kita daripada single kepada inrelationship , inrelationship with Allah swt :') *

" apabila ketika mencari Allah , nescaya kita akan pertemukan cinta yang sangat agung"


p/s : fakta , saya tak boleh nak sebut inrelationship . s akan berbunyi seperti z :P

second ramadhan

assalamualaikum



-masjid sultan ahmad shah , berbuka puasa-

 Allah kirimkan aku mereka yang tak pernah lupakan adanya aku . alhamdulilah . second ramadhan , wish dan doa penuh je inbox message . moga Allah kabulkan doa-doa mereka . aku tahu doa senjata kita :') terima kasih

19 tahun untuk ramadhan kali ini

assalamualaikum


bila pertama kali check kalendar tahun 2012 , perasan yang ulang tahun kelahiran saya untuk yang ke-19 jatuh pada 1 ramadhan tahun ni . at least bersyukurlah sebab cukup-cukup 19 tahun  pada ramadhan pertama :') dah 19 tahun dah erk saya ni . dah tua dah . tahun depan dah 20 tahun dah . dah boleh kahwin dah anak pok soh ni . ehem :)


actually , kolej saya kan ada cuti sebulan sekali . so , thats means untuk bulan 7 ni ,tarikh cuti jatuh pada awal ramadhan . jadinya . kolej ni dah sunyi lah tanpa penghuni sebab ramai yang dah balik bercuti menyambut ramadhan bersama keluarga masing-masing . saya ? saya tak balik pun . biasalah kan "jauh" kuantan kemaman ni . harharhar . sambut lah puasa + birthday sorang-sorang tahun ni :'( ! tipu je , kawan-kawan lain ada lagi yang tak balik . hurm .


okay , diusia 19 tahun ni . dah banyak perubahan dari kecik sampai ke besar nih . contohnya , berat badan and tingg makin meningkat . tapi sekarang , tinggi dah tak naik lah . berat badan ? cammonlah , ofcourse naik ! harharhar . 
orang kata tak kenal maka tak cinta . orang kata lah . so , macam nak cerita perihal diri sendiri .










 okay ,


 kalau ada yang tanya ,usia sekarang ni baru je 19 tahun . 



 dilahirkan di mersing ,johor


 dan dibesarkan di kemaman , terengganu .


 masih menuntut dalam bidang kejururawatan di kolej kejururawatan kuantan dalam semester 3



seorang yang sangat menyayagi kedua-dua mak ayah dan family


seorang yang kuat emosi .




 seorang sangat ego . seorang yang tidak cerewet dalam shopping  seorang yang kuat makan




 seorang yang boros . seorang yang garang . seorang yang jiwang 
.

seorang penggila flat shoe . seorang yang kasar (tapi still ada lembut lagi) ,


seorang yang tidak mudah berkawan dengan sesiapa . seorang yang kebudak-budakkan . 


seorang sukar percayakan sesiapa 100% melainkan yang betul-betul dikenali


seorang yang punya banyak impian 


seorang yang gayat 


seorang yang takut bila tengok kereta banyak untuk lintas jalan



seorang yang lebih banyak menghabiskan masanya didepan lattop berbanding handphone




seorang yang gelikan kucing (kalau kucing lalu sebelah okay je , tapi jangan ada yang usik ,
 sebab adalah sebabnya masa kecik-kecik dulu


seorang yang sangat sukakan aiskrim nangka malaysia (sekarang mana nak dapat lagi?)




seorang yang sukakan asam dan jeruk-jeruk .




seorang yang sangat suka tengok pemandangan sunset :') indah sangat ciptaan Allah :')




bakal peroleh anak buah yang kedua


bakal staffnurse 2014

bakal menamatkan zaman bujang pada usia *tett* haha 

bakal..malas dah nak sambung..


dikesempatan ini , saya ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan kepada sesiapa yang sedang membaca entry kali ni lah :) jadikan ramadhan kali ini adalah ramadhan yang lebih baik daripada ramadhan yang lalu . jangan boros-boros beli makanan di bazar ramadhan . jaga mata daripada pandangan maksiat , jaga telinga daripada mendengar umpatan , jaga hati daripada bisikan nafsu , jaga akal daripada terhakisnya ilmu , jaga iman dan jaga diri :') ingat saya dalam dalam doa kalian . aamin ya Rabb


assalamualaikum 


sudi tak ?

assalamualaikum


ramai yang suspek saya sedang jatuh cinta . nak bagitahu ke tak nak ? nak ? ke tak nak ? haha . dengan statusnya jiwang bagai . yang garang boleh jadi jiwang . ehem . memang lah , perempuan ni Allah swt cipta hati dia lembut . alhamdulilah , bersyukur sangat . 


setelah dikecewakan , *layan lagu pelamin anganku musnah* haha , kemain dikecewakan . alhamdulilah , saya dapat buka hati saya kembali dan buang jauh-jauh "cinta" yang lama . alhamdulilah , ternyata itu semua mainan syaitan yang membolak balikkan hati . bahagia . sangat bahagia bila kita tidak perlu memikirkan tentang dia atau menunggu dia lagi . *kemain aku menunggu dulu* haha . 


saya tahu Allah sedang membuka hati saya . dan juga sangat percaya Allah sedang jaga hati saya untuk future husband saya . tak habis-habis future husband dia . dah banyak kali sebut kot . biarlah nak sebut lagi . future husband 3x . haha . 


" dalam islam tiada istilah 'perigi cari timba' , kalau dah suka cakap je , baik lelaki mahupun perempuan " -ust azhar idrus


dear future husband , sudi tak awak jadi imam yang halal buat saya dan terima saya sebagai makmum yang halal untuk awak ? -AJ-


 nak tunggu awak macam lambat sangat je . haha . future  husband , sweet tau future wife awak ni . senyum sikit :) apa-apa lah , setiap kali saya rasa saya jatuh cinta , saya cuba untuk begitu jaga hati saya , dan setiap kali saya jatuh cinta , saya harap awak lah orangnya . sebagaimana saya jaga hati saya untuk awak , sebegitu juga saya harap awak jaga hati awak untuk saya :') . harapan saya , biar saya bercinta dengan awak ketika kita sudah halal iaitu nikah bukan sebelumnya . baru rasa manisnya cinta tu kan ? kan dah bagitahu saya ni sweet , tak garang mana pun :P . 






jadi setiap kali ada yang kata saya jatuh cinta , saya tak menyangkal . ya saya sedang jatuh cinta . tapi berapa ramai sangat yang tahu saya sedang berjuang dengan hati saya sendiri . takut saya jatuh cinta pada yang salah . jadi ingin saya mengatakan yang saya sedang jatuh cinta , dan saya harap "dia" awak . my future husband . love after akad :') *pengakuan berani*





"ketika Allah ingin mempertemukan dua hati , Dia akan menggerakkan kedua-duanya , buka salah satu "



a day with them

assalamualaikum


sepatutnya entry ni ditaip semalam . tapi balik kolej dari outing , dah start busy . asal masuk je pintu kolej ni , mesti banyak kerja kena buat . "qema nanti hantar gambar ni tau , qem pentomen b.i macam mana ? aj assignment group kita belum siap , esok kena present (hari ni) ! " huhh , dah agak dah bila balik je banyak kerja kena buat .


okay okay dah stop cerita pasal kolej . semalam kan hari sabtu , off diet and cuti . so , kitorang outinglah daripada duduk je terperuk dalam asrama ni kan . actually , saya malas nak keluar minggu ni , kalau keluar pun just pergi pasar malam untuk beli makanan sikit-sikit . tapi sheera excited kemain nak suruh keluar jugak sabtu semalam 


sheera : aku nak bagitahu kau sesuatu ni
me        : bagitahu apa ? ( sambil pandang serius)
sheera : ala ! kau jangan lah pandang aku macam tu , emosi habis . haha


me        : kau dah ada boyfriend and nak suruh aku bagi pendapat eh ? mana boleh ada         boyfriend ! haha ( sambil tunding jari kat dia , gila jahat saya kan )

sheera : taklah , merepek sangat kau ni , kan birthday kau kan aku SOP , so tak boleh lah nak   celebrate hari sabtu minggu depan nanti . aku ingat nak celebrate sabtu (semalam) ni .

me        :(sambil pandang sheera dengan renungan yang tajam)  sheeraaaaaaaaaaaaaaa ! kenapa bagitahu aku ! kan tak suprise !

sheera : habis tu kau sekejap nak keluar , sekejap tak nak keluar . kau bukan boleh kira , last minute kata tak jadi keluar . baik bagitahu terus . tu lah , bila nak dekat-dekat birthday , ikut je apa yang orang suruh ! ada lah something-something orang nak bagi ! 




*tarik nafas panjang-panjang* begitu lah nak dijadikan ceritanya . orang nak suprise . maybe ada yang tak tahu SOP tu apa kan ? sop tu dapat cuti lah awal puasa ni . tapi saya tak balik pun . stay je dekat kolej :')



ni before nak pergi , tengah tunggu mizah siap


kek yang diorang belanja :)


kitorang pergi makan dekat pizza hut , mega mall . tapi saya tak payah keluarkan kos pun sebab sheera belanja *sayang ahh sheera lebih-lebih* haha


tak sempat sedia lagi , dah amik gambar ( tapi saya suka je gambar ni ) :P



mizah excited kemain makan 


the food


ada jugak yang tanya macam mana saya pakai tudung ni . sama je macam tutorial dena bahrin tuh , cuma bezanya saya pakai inner inside . sebab ? sebab saya suka pakai inner lah and satu lagi ia menutup dada :)


singgah popular sebab diorang ada nak beli barang . and saya ada ushar buku ni , tapi tak beli pun


outfit from blaq show room ( just love the dress ! )




then , balik tu kitorang singgah stadium . saja jalan-jalan . ingat nak tengoklah sukan-sukan sukma yang ada . tapi dah habis . kalau ada lagi pun malam baru ada . mana kitorang boleh balik lewat-lewat !





masa nak snap , tergelak-gelak sebab malu gila and excited duduk atas trek ni . haha . biasalah , kitorang kan nurse bukan atlit :P



oleh kerana takde orang yang boleh ambilkan gambar kami berempat . terpaksa lah tukar-tukar je . pastu gambar semua tempat yang sama . spoil =='  haha




excited kemain jumpa maskot gajah ni







hurm , jadi sampai sini je lah . saya ada kelas "tambahan" sekejap lagi . huwaaa ! banyak dah gambar updatekan untuk recent activity . so , jangan rindu-rindu guwa lagi lah ! haha kemain !

p/s : thanks untuk sheera , mizah and kak lina :D







menangis tanpa sebab

assalamualaikum


dah kenapa dah ni . nak kata touching , tak kawal emosi , alhamdulilah boleh je control setakat ni . tapi kenapa entah , macam rasa sedih je tanpa sebab . atau pun actually ada sebab cuma saya buat dek je dan tak nak ambil kisah . bukan masalah besar sangat pun . okay , penyakit hati . cuma saya mungkin terlalu ambil serius . ya itu saya , tak kiralah hal kecil atau besar selalu akan berfikir je memanjang , selagi hal tak selesai selagi tu lah tak rasa lega . berlagak je tenang dari luar , tapi dalam ni macam-macam ada . sakitnya bila sukakan seseorang . ya, thats the point yang saya nak cakap sebenarnya . berkias kemain . haha . 



dulu , saya selalu berpegang pada ' jodoh itu sudah ditentukan , kita cuma perlu menanti dan menunggu' tapi sekarang saya selalu fikir yang ' jodoh itu memang sudah ditentukan , tapi kita juga perlu berusaha dan mencari ' ya lah kan , nak cari imam ! so , dimata saya sekarang , bukan memilih untuk sekadar buat boyfriend atau skandal tapi saya mencari suami yang boleh dibuat imam . sekarang dah 19 tahun , tahun depan dah 20 tahun , dah boleh dah kot nak kahwin .kalau dah ada jodoh , kahwin awal pun apa salahnya :P hehe !

p/s : takut-takut guwa nak publish entry ni . haha . okaylah . hari ni hari sabtu . offdiet . cuti . :)





ohh , btw cuba try dengar musik seruling dalam cerita embun ni . ya Allah , sayu hati :')

"moga dia rasa apa yang aku rasa , aamiin"


ada sesiapa yang merindui saya ? haha


assalamualaikum

siapa rindu saya angkat tangan please ? haha . okay , dah masuk semester baru ,
 maka bermulalah episod saya menjadi "busywoman" . saya jarang online , 
apatah lagi nak taip
 blog ni . memang tak lah kan kalau ashik busy je memandang .
nak bagitahu jadual harian saya yang padat , 
takut korang rasa bosan pulak kan . padahal entry-entry lama pun
 dah agak kan . jadual saya sama je pun setiap sem . 
cuma bila dah jadi senior ni busy nya bertambah lah sikit 
. eceh eceh senior tuh . haha


okay entry kali ni maybe agak bosan . tapi bagi saya ianya awesome !
best jugak masuk semester 3 . ya lah kan , masa sem 2 dulu
lebih kepada pengenalan medical , surgical dan penyakit-penyakit 
untuk organ khusus jantung and paru-paru . so , cuba teka sem 3 ni 
saya belajar bab apa pulak ? teka teka , ah lambat ! untuk sem 3 saya belajar
lebih kepada kebidanan dan lebih kepada masalah-masalah perempuan .
saya ulang kebidanan . 
awesome sangat kot belajar bab ni . ofcourselah kan sebab 
saya perempuan
 mesti nak tahu itu dan ini . dan apa yang buat saya tak sabar sekarang ni ,

 bila time
 praktikal nanti saya dapat masuk labour room dan dapat tengok 
live orang bersalin secara normal ! yayy ! dulu nak sangat tengok 
orang bersalin depan mata , so tercapai jugak untuk praktikal sem kali ni 
 alhamdulilah . 


then , saya belajar lagi tentang sewaktu dengannya macam ibu hamil 
dan bayi-bayi ni lah .
nak terangkan panjang pulak nanti . hehe . so , semalam ada
buat rollplay untuk klinik ibu mengandung by group and each
group diberi nama klinik yang berbeza . tengok gambar jelahkan :)



so , ini klinik yang group saya dapat . soy rich . actulally semua group  dibahagikan dengan nama susu yang sesuai untuk ibu mengandung :P



palpation , untuk check keadaan bayi , untuk cari degupan jantung bayi . tu perut buatan je okay , nak nampak ala-ala ibu mengandung gitu . hehe



isi borang



time jawab-jawab soalan

dan keesokkannya pulak , maknanya hari ni lah . kan hari sabtu . cuti ! yayy . haha . saya dengan kawan-kawan berjinak lah dengan aktiviti-aktiviti kesukaan warga perempuan . ya , shopping ! haha


 ni sebenarnya cadangan kak lina(baju biru skirt putih) nak bawak kitorang pergi kedai blaq show room . then , saya jatuh cinta gila dengan baju-baju kat situ . so , borong lah 3 helai baju . nampak tak permainan boros dia macam mana ? haha . perhabiskan duit kerajaan bagi eh . haha . ohh btw , decoration dekat kedai tu cantik sangat . siap ada eiffel tower lagi . boleh lah berangan ala-ala pergi paris kan . hehe


kemudian , kita makan , ada gambar-gambar makan yang lain tapi lambat gila nak upload . sempat yang ni je . takpelah nampak jugak makan :P


itu sahaja kot . saya penat dah . jalan sakan kemain . sampai sini je lah . jangan rindu-rindu saya lagi . nanti ashik gugur je bulu mata saya . aiseh ! haha . kemain gugur . tak de pun orang rindunya :P

p/s : saya memang akan jarang online atau blogging sekarang .  macam biasa lah ayat ni kan "BUSY" 

thanks :)