Followers

ceritera raya part 2

assalamualaikum 


akhirnya , entry yang dijanjikan semalam ditunaikan jua . haha . bajet gempak je entry kali ni . tak gempak pun . biasa-biasa je padahal , sengaja je saya ni . okay , pada hari raya kedua saya memang dah janji pun dengan nik , fatin untuk keluar sama-sama . of courselah kalau balik kemaman , saya tak keluar dengan orang lain pun , keluar dengan mereka ni jelah . 

kitorang gerak dalam pukul 2 macam tu sebab janji lepas zohor . suruh angah hantar dekat rumah fatin sebab kesian pulak fatin nak ambil nik pulak . lagi senang sekali harung kan .sampai je rumah atin , macam takde orang . dah mula cuak nak call kredit pulak habis kan . masa ni lah pulak dia nak habis . tapi ketuk-ketuk , ada rupanya . kus semangat guwa . 




sementara atin bersiap , koya kan diri dulu dengan ambil gambar sendiri . bhehehe


lepas tu pergi ambil nik . dan macam biasa , atin lah yang drive . nik pun actually dah dapat lesen . guwa ni je baru L . dah bila nak dapat P ni ? aku sendiri takut nak bawak kereta ==' daripada kemaman sampai ke destinasi , tak berhenti cakap , habis semua perkara-perkara lama diungkit . sampai kering bibir , sampai sakit tekak . cakap banyak sangatkan . nak-nak bila dah lama tak jumpa .

lepas tu tak cerita lagikan nak pergi mana . actually kitorang pergi dungun . atin drive dari kemaman ke dungun .. berapa jam erk ? dalam sejam lebih jugak . sebab kemaman dengan kuantan lebih dekat daripada kemaman ke dungun . kenapa kitorang pergi dungun ? sebab nak jumpa bakal mak mentua kata nik . hahaha . sebenarnya , kawan nik ada buat makan-makan sikit sempena raya , kawan ke ? maybe lebih sikit daripada kawan lah . and jangan lupa aqmar jusof bakal jadi pengapit ! hahaha . guwa pulak yang over eh



memang tak senang duduklah kan . semua benda tak jadi . sampai berjangkit-jangkit atin dengan saya . tapi kitorang still cool lagi , cuma nik tahap cool dia lain macam sikit hari tu . ala , biasalah nanti semua orang akan rasa debar jantung tu macam mana . sampai makan pun rasa tak puas . padahal nak tambah lagi , malu punya pasal + segan lagi . sampai air pun ambil satu kongsi tiga . lepas tu tak tahan jugak , saya dengan atin terus pergi ambil air lain . ni giliran nik ni , giliran saya pulak nanti macam mana ntah . thats why , saya lebih prefer kenal rapat mak dulu lah daripada kenal anak , nak kenal anak lepas kahwin takpe , nak ambil hati mak ni rasa dan debar dia lain sikit . cewah . hehe


sebab perut still rasa berkeroncong lagi wa cakap lu , sebab malu sangat kan , makan pun tak puas , kitorang pun berhenti dekat mcd kerteh untuk makan round ke-2 . tapi sebelum pergi dungun tadi memang dah decide balik tu nak pergi mcd . 


sebab kempunan nak makan mcflurry . kempunan wa cakap lu , padahal kat kuantan , asal pergi kuantan parade , hari-hari wa beli . bukan kempunan ni , ni nafsu nih . dia dah start nak makan uncontrol lagi lah ni . dia dah start dah . pastu mula complain bila berat naik . okay perempuan :)

sekejap sangat masa berlalu , kalau zaman sekolah ashik duduk cerita bab-bab jodoh , kahwin ,tunang , sampailah satu tahap , kawan baik kita sendiri yang akan mengalami fasa-fasa tersebut . ya Allah , sedih pulak rasa . dah besar dah nak fikir bab-bab peralihan status ni . untuk kawan-kawan saya yang akan beralih status lah , saya tak lagi . hehe . nak tunggu imam muda naufal masuk meminang memang tak lah . bwahaha . hahh , dia dah start im naufal dia dah , shahir zawawi macam mana ?? okay . gila =='

yang pasti jodoh itu rahsia Allah , kita bukan sahaja boleh menunggu dan terus menanti , kita perlu berusaha dan mencari untuk dapatkan jodoh yang terbaik . biar Allah tentukan masa dan tempat untuk kita dan sidia berjumpa . biar dalam keredhaan Allah . atau dia sendiri dah muncul , saya sendiri pun masih belum tahu :') percaya janji Allah :')

Rasulullah bersabda " barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda , maka menangislah syaitan . dan ia (syaitan) mengeluh : aduh celaka aku,agamanya telah terpelihara dari godaanku "
-HR ibnu 'Addi

p/s : sentiada doakan nik dan pasangannya . tak lupa juga untuk mai dan pasangannya yang akan melangsung pernikahan pada 31/ogos ini . barakallahu lakuma wa baraka alaikumawa jama'a filkhair :D

ceritera raya part 1

assalamualaikum . hehe

sungguh bila balik rumah ni saya jadi malas nak update blog . ala , macamlah duduk kolej ashik menaip je memanjang . takkan ? hehehe . actually saya patut siapkan tiga entry . tapi ya Allah , malasnya . lantak pi lah . kita review guna gambar je lah . hehe

sebenarnya nak cerita jugak pengalaman first time naik bas masa balik raya haritu . tapi , malas pulak rasa dan masa juga tak mengizinkan . ni pun just review untuk first day raya , after balik solat raya , terus bersiap-siap  balik kampung ayah dekat merchang , sampailah petang . then pergi rumah nik , pastu pergi rumah fatin . itu sahaja . hehe .  memang saya tak bercadang nak pergi beraya sangat sebab , adalah sebabnya kan . hehe




si kecil maisarah , sibuk nak salam wan dulu



turn angah pulak salam



hakikatnya inilah family saya , kebetulan mok dah dengan tok raya kemaman sekali tahu ni . hehe . gambar senget sebab stand pun pakai kotak . dah tak tahu macam mana nak pasang stand yang dah ada . 


ambil gambar ikut ketinggian ya . sedang elok pulak ikut turutan . dari kanan , along , kakteh and me . nampak sangat yang sulong kecik sekali and yang bongsu besar sekali . bukan besar kata mak . tinggi :) hehe



turn maisarah salam cium umi dia , oh ya tahun ni insyaAllah dia dapat adik hehe . maknanya , acu pun dapat anak buah baru lah ni . hee :)



okay , inilah adik beradik saya . lagi sekali beratur ikut ketinggian . 


dah mestilah ambil gambar seorang untuk dijadikan dp . haha . okay , thanks untuk mak sebab hadiahkan baju yang sata pakai ni , sempena birthday , tapi saya suka . suka sangat sebab dia banyak warna and senang nak matching tudung . apatah lagi sebab ada colour merah gitu . 

nak upload gambar lagi rasa lama sangat nak loading . so pilih-pilih yang ni jelah . insyaAllah , entry seterusnya saya akan review pasal raya kedua . sebab memang ada keluar dengan best friend pun tadi , and memang ada cerita disebalik esok . tunggu eh , tunggu tau :P


nah review untuk entry seterusnya , kenyit mata sikit ;)

p/s : taip pun macam takde mood je . memang pun , sebab sakit tekak . nak cakap , nak telan air liur sakit ==' takpelah . redho je . esok baik kot insyaAllah :)

shopping raya last minit !

assalamualaikum 

cepat sangat ramadhan berlalu rasanya . ya Allah cepat sangat . tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita nak akhiri ramadhan tahun 2012 ni . :(

since mall memang dah penuh dengan ramai manusia , kalau nak shopping masa macam ni , memang taklah kan . pening . nak memilih pun macam nak tak nak je . so that , saya dah prepare awal-awal dah pun nak raya ni . hehe . untuk kali pertama raya pakai duit sendiri (elaun kerajaan) , barulah saya macam "aqmar jusof ! kena jimat !" sebelum main pilih je , parents bayarkan . tapi still mak ayah bagi limit jugakkan . haha . ehem , ehem actually mak ayah still sponsorkan lagi sebenarnya . kantoi , kantoi .

baju kurung
sebenarnya tahun ni , saya ingat tak nak beli pun baju kurung . sebab baju-baju yang lama tu boleh kira je berapa kali saya pakai . pakai masa ada event atau kenduri sahaja . hehe . baju masa graduate hari tu pun , cuma pakai dua kali sahaja . ingat macam nak pakai yang ni je . memandangkan birthday saya jatuh pada 1 ramadhan . erm , apa kena mengenanya ? hehe . so , mak saya adalah bagi hadiah dekat saya . dia cakap rahsia , taknak bagitahu . tapi last-last bagitahu jugak . dia ada belikan saya baju kurung . tapi yang masih rahsianya , saya tak tahu lagi colour apa . takpe lah balik ni tahu jugak . 

hijab
actually saya ada beli 5 helai tudung . tapi saya ni tak boleh kalau beli awal-awal sangat . nafsu nak pakai tu mesti ada . haha . jadinya , saya dah pakai 3 helai ! 3 helai wa cakap lu ! punya lah tak sabar guwa ni . hehe . bab tudung saya tak kisah sangat . sebab tudung ni dia murah-murah je . banyak pilihan tau . okay kalau kat kuantan ni , nak cari syurga tudung yang murah-murah . boleh lah datang kuantan parade . kat situ memang korang boleh tengok macam-macam dan rambang mata nak pilih . tapi kena lah pandai menawar sikit . baru dapat harga yang urm ! kalau bab colour pun saya tak kisah sangat , sebab boleh mix & match je kan . tu pun saya lebih suka pakai tudung bawal dengan inner shawl . dah biasa main dengan colour , pakai baju warna lain , tudung colour lain pun takpe . hehe

dress
dah kata pun kalau beli awal mesti ada yang pakai punya . hehe . saya ada beli 3 pasang dress . and macam biasa , saya dah pakai satu daripadanya . memang macam ni aqmar jusof ni . dia selalu gelojoh . haha ! 

cardigan/blazer
kali ni jimat sikit . cuma beli 1 cardigan dan 1 blazer . senangkan nak mix & match . so , boleh tukar-tukar nak pakai dengan dress or baju apa-apa pun . kan bagus tu boleh jimat . 

kasut
saya bukanlah seorang yang suka sangat pakai heel atau wedges . sebab rasa macam tak stabil je pakai yang tinggi ni . lagipun saya pun dah tinggi kan , nanti nampak macam menara klcc pulak tinggi sangat . tinggi ke ? 163cm tinggi lah jugak :P . saya lebih suka dan selesa pakai flat shoes . suka sangaaaattt ! oleh kerana dah 3 pasang kasut flat dah rosak *nampak tak , saya memang sangat menggunakan flat shoes ni! , maknanya dia memang nak yang baru lah tu . saya dah beli pun sepasang .tapi bukan buat raya lah , just beli . tu pun ingat nak beli satu lagi hari tu , tapi kak lina tak kasi ! dah lah satu tu je yang ada lagi . colour merah pulak tu . saya dah tahu memang orang dah kebas dah kot kasut tu . okay , kat kuantan ni kalau rasa nak cari flat shoes yang murah-murah . boleh pergi area terminal makmur . banyak sangat kasut flat shoes kat situ , and korang boleh buat pilihan , warna pun banyak . harga dia pun araoun rm25 ke bawah . kalau korang pandai tawar , boleh dapat rm 22 atau rm20 ! untuk raya , kasut tak beli lagi pun . ingat nak ushar kat terminal jugak . tapi tunggu nak balik nanti je lah . minggu ni takde masa lagi . 

beg
untuk beg saya decide untuk pakai yang sedia ada je . mix & match je lah . takkan everything nak kena beli baru *sejuk hati future husband baca ni , orang tak boros sangat pun future husband , orang pun berjimat-cermat jugak :P haha

aksesori
saya bukanlah seorang perempuan yang begitu addict dengan aksesori macam rantai , gelang , subang . ntah , memang kurang minat sikit pakai aksesori ni . cuma adalah sikit beli kerongsang yang comel-comel . tu pun beli ramai-ramai dengan kawan 5 biji rm10 . itu sahaja . tapi even saya tak suka aksesori , saya still suka dengan cincin . 

mekap
kalau tengok apa yang dah ada , lebih pada cukup dah tak perlu beli yang baru . lagipun mekap yang dinner hari tu tak pakai sangat pun . dan yang pentingnya , masih dalam mood dalam kempen loose kan mekap . cuma sedikit foundation , bedak and lip ice . tu je dah cukup rasanya :) lagipun nak pergi sembahyang raya pagi-pagi takkan nak mekap-mekap bagai kan ==" hurm , tak payah beli aqmar :)

lain-lain 

untuk kali ni , saya lebih spent untuk buat kuih/puding and bagi duit raya . hehe . sarah , tahun ni acu bagi duit raya sendiri . hehe .excited acu ! kahkahkah

sebab itulah saya tak suka membeli last minit . saya bukannya cerewet bab-bab nak pilih apa-apa . kalau ada duit , semua jalan . tak de duit , main ushar-ushar je lah . haha . untuk raya kali ni , lebih elok sederhana je . tak rasa macam banyak ke saya beli . tak . sebab tahun lepas lebih banyak rasa . eh , ntah . takpe , still dalam bajet yang saya simpan lagi . *sejuk lagi hati future husband ! hehe



kalau nak shopping je , kena bawak kak lina . pastu nanti dengar lah suara dia "qema , jangan beli ! kan dah banyak ! , qema , jangan ambil colour merah , kan dah ada colour merah ! qema bajet undercontrol lagi ke? *dengan guna suara nyaring dia , yang boleh buat orang tarik balik angin bila sendewa . okay , ni lah kak lina !



tips melupakan dalam cinta

assalamualaikum

kalau perasan dalam chatbox sebelah kiri korang tu , ada dua pertanyaan daripada gadis-gadis comel tentang bagaimana nak melupakan seseorang . boleh refer dekat chatbox saya . malas nak print screen ==' hehe . so memandang orang dah tanya , saya nak jawab lebih proper dalam entry kali ni . ehem ehem test suara test suara . haha . okay , saya bukanlah pandai sangat bab cinta-cinta ni . pengalaman dalam bercinta apa lah sangat . setakat cinta monyet masa zaman sekolah tak kira eh . hehe . tapi pengalaman kawan-kawan yang bercerita kepada saya dan daripada segi bacaan buku-buku juga , saya kongsilah dengan korang . nak diingatkan , saya bukanlah doktor cinta sebab saya ni jururawat . jururawat cinta lah ? boleh . haha . kemain mukadimah nak start bila ???

okay okay okay . jangan marah nanti cepat tua . nak ? kalau orang tanya saya pernah tak dikecewakan , saya akan jawab . ya ! pernah . tapi saya nak buat pengakuan juga , saya pun pernah mengecewakan orang lain . karma lah ni , kena diri sendiri . haha . nak melupakan ? tak de orang yang pernah rasa senang atau mudah . yang pasti , bagi saya sendiri , ia mengambil masa yang bagi saya agak lama dan sukar . air mata ? tu kawan baik kita dalam proses melupakan orang . kira balancelah , bila jatuh cinta , happy tak terhingga bila dikecewakan , sedih tak terkata . but infact , ujian cinta yang Allah beri kepada kita , adalah kerana kita mampu untuk menghadapinya . tiada yang lebih agung daripada mencintai Allah swt :')

sebagai hamba Allah , kita jangan pernah putus untuk berdoa . doa senjata kita , dengan doa , kita rasa kita dekat dengan Allah . pemilik segala cinta itu adalah Allah . datangnya ia , perginya ia juga kerana Allah . berhak Allah nak ambil milik dia iaitu cinta kita kerana itu cuma pimjaman kepada kita . bersyukurlah , sekurang-kurangnya Allah limpahkan kasih sayang melalui cinta yang Dia titipkan . berdoa jika benar sidia adalah jodoh kita , jangan biar Allah tarik balik rasa ini , sebab yang pasti kita nak 'rasa' cinta ini disalurkan kepada orang yang istimewa dan berhak sahaja iaitu jodoh kita (future husband/wife) . tetapi kalau cinta ini sekadar mainan syaitan . minta Allah buang ia jauh-jauh . syaitan tak pernah berhenti nak hasut kita , sampaikan satu tahap kita terlalu menganggungkan cinta manusia daripada cinta Allah . ingat , pemilik segala cinta itu adalah Allah swt :') baca balik kisah nabi yusuf dan zulaikha .nabi yusuf jatuh cinta pada zulaikha bilamana zulaikha hanya sandarkan cintanya kepada Allah :') the true love story

doa tanpa usaha tak boleh jadi . kita berdoa pada Allah nak lupakan dia , pagi petang siang malam . tapi kita tak pernah usaha untuk lupakan dia . macam mana ? kita selalu , tengok gambar dia , kita selalu stalk dia facebook , twitter , kita selalu ingat kenangan dengan dia dan others yang sewaktu dengannya . tetapkan prinsip , dalam 5 hari (ikutlah tempoh mana yang korang nak) aku nak lupakan dia ! maka , pedulikan dia . tak payah ambil tahu siapa dia , tak payah tengok muka dia , tak payah simpan apa-apa kenangan tentang dia , tak payah dengar lagu sedih , tak payah baca novel sedih , tak payah sentuh soal-soal cinta . tak payah ! dalam masa yang korang tetapkan lah . hehe . fikirlah yang dia pernah kecewakan kita , dia pernah lukakan hati kita , siapa dia nak terima cinta kita yang mahal ni ? cewahhh ! 

bagi yang telah dikecewakan oleh playboy atau playgirl . muhasabah diri balik . nak ke jatuhkan hati kita pada mereka yang kurang kasih sayang ni ? why saya kata kurang kasih sayang , sebab playboy/playgirl ni dia tak cukup dengan satu , dia selalu nak lebih . see , tak pernah nak cukup . actually mereka ni adalah golongan yang penakut . percaya tak , mereka sebenarnya takut apa yang mereka dah buat yang demikian kepada orang lain, mereka takut timpa atas diri mereka balik . sekali lagi ya , cinta kita ni mahal hanya untuk yang halal dan berhak :')

seterusnya , penuhkan aktiviti-aktiviti kita dengan perkara-perkara yang happy je . sampai satu tahap , tiada sesaat pun fikiran kita melayang berfikir tentang dia . ya , busy kan diri anda . itu yang saya lakukan . ehem ehem . dah memang kehidupan saya busy pun . kalau nak tidur , comfirm kita akan teringat dekat dia kan ? takpe , saya pun macam ni dulu . ya Allah sia-sianya aku dulu :( . dalam tempoh tu , bacalah komik ke , buku rujukan ke , main sudoku ke sampai buat kita lali then tidur . jap jap , jangan lupa baca doa tidur dulu ya . dan sebelum tidur , still muhasabah diri balik , kita rasa kosong dia tiada , tapi cuba betul-betul tanya hati , kita rasa hati kosong sebab dia tiada atau kita rasa kosong sebab kita jarang sekali ingat Allah ?*peringatn untuk diri sendiri jugak .

kita punya kawan , apa guna kawan kalau tak beri manfaat . sesekali cakaplah dengan kawan "weh , nasihat aku sikit , biar bernanah telinga aku ni" . ya , kawan main peranan penting , kita banyak cerita dekat kawankan ? minta kawan bantu kita dalam proses untuk melupakan si dia . saya pun banyak cerita dekat kawan-kawan saya & banyak jugak cerita dekat mak saya . mak saya sporting sikit . hehe . dan nasihat dari mak sendirilah yang buat saya lebih kuat . yang saya pegang sampai sekarang apa yang mak ayah saya cakap "kalau tak nak , cakap terus tak nak , jangan permainkan perasaan orang , walaupun tanpa niat , lelaki ni lain dik" berani cerita dekat mak sendiri ? saya cabar ! tapi kena pandai cari situasi lah . kalaulah masa tu mak korang tengah bad mood ke apa , jangan nak cuba-cuba . korang yang kena belasah kang saya tak tanggung. hehe

jangan bandingkan kisah cinta kita dengan kisah orang lain . kisah dalam drama hindustan ke , korea ke , nora elena ke , dejavu dikinabalu ke dan bla bla .padahal saya selalu je perasan berangan cinta ala-ala cerita korea . hehe . yakin Allah cipta kisah cinta kita dengan unik , tak sama dengan orang lain . biar Allah pertemukan kita dengan jodoh kita mengikut cara Allah yang tersendiri . Dia tahu apa yang kita tidak tahu , dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita , yang selama ini kita tak tahu . alhamdulilah , hampir 3 tahun juga , 3 tahun ke ? hampirlah , saya dapat lupakan dia totally sebagai orang yang pernah saya cinta suatu ketika dahulu . lama kan ? rasa macam agak loser jugak actually saya ni . nasihatkan orang . sebenarnya saya menunggu sebab tu lama , dan saya ambil keputusan untuk melupakan after 3 words yang dia cakap . dan masa tu lah , saya muhasabah diri saya . 3 words tu ada dalam ayat-ayat diatas . malas saya nak mention , takut ada yang terasa baca nanti . haha ! saya pernah tulis dalam entry menunggu itu tidak akan lama jika kita ikhlas . 





hurm , saya dalam proses nak habiskan buku diatas . apabila dia menyapa , jodohkah namanya . try lah cari and beli , murah je . rm 15 je . banyak manfaat yang korang akan dapat dan seriously , buku ni betul-betul buka mata saya . tak tipu :)



bila berkait soal cinta , tekan kan prinsip yang cinta kita ini mahal hanya untuk yang halal dan berhak sahaja . baik lelaki mahupun perempuan . like saya selalu taip dalam mana-mana entry , jaga hati untuk future husband ! eventhough kita masih tidak tahu dia siapa :') dan kepada lelaki , mahar kamu adalah untuk dia yang dijodohkan untuk kamu , jangan tersalah pilih . #kalau ada yang nak belanja buku yang saya pegang kat atas tu (bercinta kerana Allah) , saya sangatlah berbesar hati . mengada kemain !

p/s : penat tau taip . saya ambil masa 51 minit untuk wujudkan entry ni . hehe . tapi takpe , saya suka :D kalau ada sebarang pertanyaan lagi , ceh ceh ceh . boleh im saya atau tweet dekat link bawah ni :







weekend iftar part 2

assalamualaikum


macam biasa semalamkan hari ahad , off diet , so kitorang pun berbuka dekat mana ? kat mana lagi . dekat padang depan masjid sultan ahmad ! hehe . macam biasa  , ni sepatutnya entry semalam . baru publish hari ni . sebenarnya saya and bff ada plan lain . ingat semalam nak pergi giant , nak beli barang dapur . kitorang plan nak memasak . so hari ni patutnya dah pergi rumah along(kakak) untuk buat puding triffle , kek batik and burgerdil . tapi sayangnya ! kolej ada buat aktiviti hias-hias bagai sempena kemerdekaan . means kitorang kena siapkan mendalah tu semua sebelum balik cuti sebab cuti kitorang habis sampai 2/9 . sedih betul . orang dah lah excited nak masak-masak ni .


oleh kerana boleh keluar selepas pukul 12 , kitorang decide petang tu untuk pergi padang berbuka puasa . alaa , macam biasa lah kan . 





datang awal kemain cop tempat . kredit tikar by kak lina and kak seha . 




berbuka sekali kecuali mun dengan ila (dua kanan) kebetulan diorang datang sekejap


untuk bulan ramadhan ni , saya try untuk loosekan mekap (sokong kempen im hot , so please dont touch me) lagipun senang kalau nak solat , tak payah nak ber "remover" and warna-warna mekap tak melekat dekat kain sembahyang . yang mana suka-suka mekap tu , yes! kita sama-sama try ya ? hihi takpe , saya pun suka mekap , tapi apa kata kita loosekan . tidak terlalu tebal :) bukan untuk bulan ramadhan je , bulan lain jugak okay .

seterusnya , bermulalah posing ala-ala excited berbuka dekat padang . padahal dah biasa dah pun . kredit untuk euyla sebab tolong ambilkan gambar kitorang 4 orang ni . *kak lina , hamizah , sheera and me!* tapi sayangnya besut (linda) tak de hari ni . dia ada hal lain tak boleh nak berbuka sekali . kalau ada dia mesti bising meriah sikit .





masa ni along call tanya jadi tak datang rumah dia . terpaksa cakap cancel :(



popia sira kuantan , salah satu favourite saya dengan kawan-kawan . berebut bila dapat . bukan senang nak beli ni tau , kena beratur panjang dulu dan meredah selautan manusia . silap haribulan , kalau lambat terus tak sempat nak beli !

rasanya sampai sini je roger dari saya . saja nak promote apa-apa yang sedap dan tempat-tempat yang menarik dekat kuantan ni . nanti bolehlah bawak family bercuti-cuti malaysia eh . haha . eventhough , saya tak merantau mana lagi pun kuantan ni . banyak tempat lagi tak pergi . insyaAllah lah nanti kalau ada kesempatan .assalamualaikum :) salam nuzul quran :)

pilihan

assalamualaikum :)


salam ramadhan :) counting hari nak balik raya , rasa macam tak sabar pulak nak balik kampung . orang kampung tunggu saya ya ? phewitt ! haha . baiklah , balik kepada title "pilihan" . dalam hidup kita sentiasa akan buat pilihan . tak kiralah macam mana pun , kita akan dibentangkan tentang persoalan untuk kita buat pilihan . sama lah jugak saya . kitakan manusia :) . 


pilihan pertama , form 4 , untuk membuat keputusan tentang kelas . after dapat result pmr . alhamdulilah saya ditawarkan untuk masuk kelas sains tulen .but infact , saya dapat kelas ke-2 je pun , kawan-kawan yang lain banyak yang dapat kelas pertama . dalam masa dua minggu , saya macam tak boleh nak join subjek bio & addmath . jadi , saya tukar fikiran untuk masuk aliran sains sosial (ss) , itupan dalam kelas ss yang ke-2 tapi cuma bertahan dalam masa sehari , sebab bila saya fikir balik , saya bukan budak seni . nak lukis-lukis ni memang buang dalam tong sampah je hasil kerja saya . nak pulak saya memang tak suka bab-bab seni ni . bila saya istikarah , alhamdulilah saya dapat jawapan yang terbaik . iaitu still juga dalam aliran sains sosial tapi dalam kelas yang pertama . up sikit . hehe . means , saya ni budak aliran ss yang mengambil mata pelajaran tambahan prinsip akaun , ekonomi asas dan tasawur


pilihan kedua , tamat je spm , berbekalkan dengan keputusan yang biasa-biasa je , saya isi borang tu , isi borang ni . alhmadulilah setiap borang yang saya isi saya layak diterima masuk . kecuali ! kecuali ! satu je . saya tak dapat tawaran institut pengajian guru . masa tu , boleh kata saya frust menonggeng . tawarab pertama of course lah dapat tahu matrik dulu kan . so , saya dapat matrik dekat Arau ,perlis dalam aliran akaun . mula-mula saya decide untuk pergi . takpelah merantau kata orang . bapak jauh kot perlis ! haha . but , bila keputusan upu keluar je , alhamdulilah saya dapat UITM kampus dungun, terengganu juga dalam kos perakaunan . decide punya decide , istikarah juga , hati lebih pada uitm . masuklah uitm . *duduk uitm best , rindu sangat


after tak sampai sebulan duduk uitm , saya pun try check online untuk SPA8 . sekali lagi Allah beri apa yang saya mohon . actually , saya ada pergi temuduga sebelum pergi uitm tu . tu pun dapat tahu bila surat sampai rumah . padahal , saya memang tak nak pun mula-mulanya . mak sayalah orang kuat dalam apply-apply SPA8 . dalam 5 pilihan , 4 daripadanya saya sengaja pilih yang salah dan tidak berkaitan dengan kelayakan spm saya , kecualilah pilihan terakhir , saya pilih jururawat gred u29 . tu pun mak saya suruh masukkan pilihan jururawat . ingatkan yang last tak dapat . tapi maybe orang kata ni rezeki . apa-apa pun dah setahun saya belajar dalam diploma kejururawatan , dan saya sudah menjumpai kerjaya saya yang sebenarnya . ada sebab Allah bagi saya jadi nurse ni . erm 


so , ramai jugak yang tanya macam mana nak apply jadi nurse ni . ushar-ushar blog fyka , dia ada tulis dari A sampai Z . sama je masa kitorang apply dulu . tekan link dibawah





alhamdulilah , semester 3 already :)

p/s : satu lagi pilihan yang akan saya buat . erm , rahsia ! assalamualaikum :)