Followers

for those special : sahabat sampai syurga

assalamualaikum . 

blog ni ada orang baca lagi ke ? haha . tapi takpelah anggaplah taip untuk diri sendiri .actually bila dah lama tak menaip ni saya rasa kekok and mati idea dah nak taip apa . tapi kali ni ada entry khas untuk seseorang . bukan sorang tetapi beberapa orang sebab saya rasa rindu sangat dekat diorang :')

dear nick , suhaili and atin ,

aku godek-godek lappy jumpa gambar lama kita masa zaman sekolah . wish nak sangat rewind balik semua memory kita sama-sama dulu . last kita sama-sama jumpa raya tahun ni and bukan senang nak cukup jumpa sama-sama.kadang-kadang yang ni ada yang tu pulak takde . memandangkan semuanya sibuk dengan komitmen masing-masing . sorang baru sahaja bergelar ibu , sorang lagi dah menghitung hari bakal melangsungkan perkahwinan , sorang sibuk dengan study and praktikal dan sorang lagi sibuk mencari calon . haha ! 

untuk nick

selamat menjadi bakal isteri kepada seseorang . mintak maaf tak dapat attend majlis memandangkan tarikh bertembung dengan final exam :'( sedihnya kawan baik sendiri kahwin tak boleh pergi . padahal masa zaman sekolah dulu asyik duk berangan nak jadi pengapit masing-masing . takpe lah atin boleh ganti . baru ingat nak amik gambar sama-sama,nak letak dalam frame , letak atas meja study sebagai pemangkin semangat study 'im next' buahahaha ! maybe lepas ni kita jarang dapat keluar sama-sama .takpe , aku faham . tanggungjawab seorang isteri lebih penting , syurga kan bawah tapak kaki suami . 

untuk suhaili ,

selamat menjadi ibu ! excited cuti minggu depan nak balik tengok anak buah adam rayyan nurfail . dalam empat-empat orang suhaili selalu cakap dia akan kahwin last antara kitorang . tup tap tup tap jodoh dia sampai dulu . alhamdulilah dah ada baby boy pun sekarang . be a good wife and mother :') tiba-tiba teringat masa kita dua excident . and dalam banyak-banyak kawan dengan suhaili lah aku asyik excident . sakit sama-sama and dapat duit insurans pun sama-sama . tu paling best

untuk fatin ,

bersyukur aku ada sorang lagi kawan yang lebih kurang sama . tak jumpa lagi 'ehem-ehem' . kot lah eh . tapi aku rasa atin macam dah ada dah . tapi takpe je . happy untuk bestfriend sendiri yang sekarang tengah main cop-cop siapa kahwin dulu lepas nick . aiseh . oleh kerana itu , marilah kita sama-sama tumpukan sepenuhnya pada kerjaya kita . tapi dalam menumpukan tu , kena selit-selit sikit lah cari . haha

bila teringat balik , sedih pun ada .ingat time happy sama-sama , sedih sama-sama , gaduh dengan orang yang sama , cinta monyet dengan orang yang saling berkait haha , betapa aku happy sangat kawan dengan korang . betapa aku sayang sangat korang kerana Allah :'( . sahabat sampai syurga :'(


akhir sekali , aku selitkan gambar hodoh kita berempat baru lepas jawab paper addmath (spm) tapi suhaili macam paling okay je dalam gambar ni.blerghhh


jururawat

assalamualaikum

hari yang baik untuk taip blog setelah berjuang dengan final exam selama seminggu  . bebas ! bebas dari tidur lewat study last minit malam-malam . 4 pagi baru tidur , mata pun dah agak macam panda . sekarang rasa macam nak tidur lama-lama , qadha tidur yang lepas . sigh ==' tapi takpe , taip blog dulu sebab masa tengah exam lah idea untuk menaip tu datang . so , hold dulu . habis je exam baru start .

okay macam ni , memandangkan ramai adik-adik lepasan spm yang tanya saya pasal bidang jururawat dengan inbox message yang saya tak ter reply pun . sory , saya busy . so jom kita reply kat sini . okay nak jadi nurse ni bukan sekadar nak jaga orang , nak buat amal , nak bagi makan ubat dekat patient or etc . kalau korang masuk dalam bidang jururawat ni sebenarnya korang akan nampak meluas skop tentang kerjaya nurse ni . 

cita-cita memang nak jadi nurse ?

*no , dari saya kecil sampailah sekolah menengah jururawat bukan kerjaya pilihan saya . yang biasa tulis dalam biodata part cita-cita ialah . cikgu (ofcourse cikgu) , setiausaha pejabat (terpengaruh tv dan novel boleh mengorat bos muda,LOL) , wartawan (wartawan macam majalah 3 dulu-dulu sebab nak pergi jalan-jalan keliling dunia) dan pembaca berita (bajet macam suara best je ==' ) 

minat ke jadi nurse ?

*tidak , dulu saya tak pernah terlintas nak jadi nurse . bukan setakat tak terlintas , saya memang taknak pun jadi nurse . lagipun saya sebenarnya dah terbiasa dengan skop kerjaya nurse sebab kakak-kakak saya memang semuanya nurse . cuma lain bidang dan lain warna line atas tudung sahaja . which means , kakak sulong saya dalam bidang pergigian (kuning) , dan sorang atas daripada saya dalam bidang kebidanan atau lebih dikenali sebagai jururawat masyarakat (purple) . dah lah tu dua orang je kakak :P dan saya staffnurse lebih kepada medical surgical (biru) . tapi sebenarnya skop jururawat masyarakat dengan stafffnurse ni lebih kurang sama je .

kolej akak swasta atau kerajaan?

*kerajaan . kalau swasta saya tak keluar dah uitm hari tu . lagipun swasta kena buat ptpn yang mana kena pimjam rm60 000 . tapi alhamdulilah kat sini , kitorang dapat elaun setiap bulan rm835 . elaun uniform , elaun buku dan tudung , kasut termasuk stokin diberi percuma . haa gitewww . pendek kata , masuk kat sini tak payah mak ayah nak laburkan duit pun . cukup je . nak saving pun boleh , nak shopping apatah lagi . hehe

habis belajar akak terus kerja ke?

*mengikut perjanjian , yes kami akan dapat kerja terus habis belajar . tapi adalah gap masa untuk bercuti . cuma sekarang , kualiti seseorang jururawat amat dititik beratkan . so pointer yang kurang daripada 2.50 and above tak silap saya tidak akan dilantik . so , alhamdulilah setakat ni saya still boleh carry on

susah tak belajar nursing ni ?

*susah , bagi saya susah sebab dalam nursing korang tak belajar pun pasal akaun , matematik , tassawur etc . ia more to anatomy and fisiologi , penyakit itu ini , obstetric and gynaecology , community , emergency and etc . banyak lah . semuanya akan ikut berperingkat mengikut semester . tapi inshaaAllah boleh je nak carry on even korang bukan daripada kelas sains tulen . ramai je kat sini yang macam tu . itu teory , praktikal macam mana ? kitorang kat sini akan praktikal setiap sem , masuk wad atau klinik khusus dengan apa yang kitorang belajar sem tu . kira macam kerja lah . ikut shift kekadang pagi , petang , malam dan office hour . skill memang kena mantap . masa student ni lah kita kena betul-betul belajar bila praktikal , baru lah boleh jadi jururawat yang berkualiti bila qualified nanti




masuk je kolej kitorang korang cuma akan nampak putih je . yes uniform colour putih dengan kasut sekolah b-first . LOL

nak apply dekat mana ?

*apply dekat web spa8 , which means ada banyak lagi bidang pramedic yang boleh korang apply macam MA , fisioterapi , farmasi,pembantu makmal and etc . doktor je takde okay . 



seronok jadi nurse ?

*yes seronok ! jadi nurse ni korang akan contact dengan ramai orang dan yang bermacam ragam . kalau bab pengalaman ni saya taknak cerita banyak sangat sebab entry-entry sebelum ni dah banyak saya cerita . bukalah kalau rasa nak tahu . hehe




selain itu , entry ini diwujudkan juga sebab bebaru ni sebenarnya nurses day . so , alhamdulilah tahun ke dua sambut nurses day sebagai seorang jururawat pelatih . pelatih baru okay , saya belum qualified lagi .happy nurses day to me !haha inshaaAllah tahun depan bulan 6 saya akan tamatkan diploma kejururawatan ini . aamin aamin aamin . dan dalam proses memikirkan lagi tempat posting yang akan dipilih . eceh . 


tak pernah senaraikan pun dalam biodata untuk jadi staffnurse . tapi yes , sekarang baru tetap dalam hati dengan kerjaya pilihan ini setelah melakukan istikarah 2 tahun yang lalu . 

*semoga entry ini menjawab soalan-soalan yang adik-adik tanya . kalau ada nak tanya lebih lagi . comment je dekat entry ni . inshaaAllah saya jawab . bye . assalamualaikum


sukan zon timur ilkkm #part 2 (janji)

okay , assalamualaikum . entry lepas ada bagitahu pasal janji yang puan nak belanja kitorang makan after habis semua sukan ni kan . tu pun kalau menang . dah alang-alang menang , janji harus dikotakan . apa lagi bagi aqmar jusof kalau bab makan . harus lah nombor satu . haha . comey tak kak ton ? tetiba =='

dan oleh kerana tiba-tiba puan ajak semua yang terlibat sukan untuk bersiap setelah habis kelas pukul 5pm . yang pasti 5 pm dah naik atas bas . macam mana tu ? kelas habis 5 pm , 5 pm jugak naik bas . nak suruh kita pakai uniform apa pergi makan . tak boleh lah . it's okay . puan memang bagi masa untuk bersiap dan solat . tapi agaklah rushing untuk perempuan . nak bersiap kekadang lama jugak aku ni . hehe ==' habistu rushing sangat , kita gosok baju lain pakai baju lain . kata puan atlit kena pakai jersey katanya . terus balik je bilik tukar plan pakai palazo , jersey dan senang pakai shawl sebab malas nak gosok . gitewww

so , marilah kita lihat hasil-hasilnya .



nilah team ping pong saya dengan incharge staffnurse lily , serius kalau duduk dengan team ni tak henti asyik duk gelak je .


yang sebelah saya tu ,adibah , kawan merangkap first player untuk game ping pong . pernah wakil negeri johor wa cakap lu . tapi sayang , kami berdua tak dapat jugak untuk pergi peringkat kebangsaan ilkkm dekat johor . buyers punya pasal . tapi staffnurse lily kata nak fight. mana tahu rezeki dapat pergi jalan johor . ce ce ce.


sebelah adibah , player bergu merangkap roomate saya sebilik . muka ni lah yang duduk hadap hari-hari . yang selalu jugak dengar saya ngigau malam-malam . haha


sekarang rasa lapar balik bila update entry ni . sedapnyaaaaa


makanan pun licin habis. aku tak tahu sekarang , kalau senyum asyik nak senyum nampak gigi je . giteww..comey tak kak ton ? hahaha =='


and lastly haruslah bergambar didepan pintu masuk restoran untuk membuktikan jalan-jalan cari makan pernah hadir ke sini . haaa buat xlarge lagi kau..

dah lama tak taip entry-entry macam ni  . lagipun sekarang nak pergi mana-mana malas nak bawak camera . berat letak dalam beg . dah lah barang kita dalam beg dah memang semula jadi penuh dengan itu ini . okay , sampai sini saja . doakan final exam saya minggu depan :) terima kasih :)



kerinduan kepada anak buah kesayangan khalisa maisarah dengan adiknya muhammad hasef qausar :( doakan acu nak exam :(


sukan zon timur ilkkm

assalamualaikum

so dah berapa lama tak wujud entry baru ? okay agaklah lama . asyik-asyik entry pun kekadang yang recent activity je . ye ye ol nak taip jugak malam ni pasal sukan bagai . hehe . dua hari yang lepas , saya bertolak ke kelantan untuk sertai sukan zon timur . and as usual sukan yang saya main daripada zaman sekolah sampai sekarang ialah ping pong . indoor gitewww . tak berjemur bawah matahari and tak hangus kulit gitewww . haaa tapi jangan ingat tak sihat tak berpeluh okay . tak payah taip banyak-banyak , kita upload gambar je lah . lagipun agak penat sebenarnya ni tapi kena update malam ni jugak .



pukul 6.15 am dah kena berkumpul dalam bas untuk pergi terus ke kompleks sukan . dekat kubang kerian rasanya . haa tak ingat tau . tak ingat . punyalah dalam bas asyik tidur .


sampai sana terus masuk dewan . rupanya kita yang paling awal . semangatnya lain macam . team ping pong kkj kuantan . sorang lagi tukang ambil gambar . so manager kita tak de dalam ni . 


bila tengok kolej lain berlatih , kita duduk bersadai tengok skill depa .eceh , padahal tengah takut ni , lawan semua hebat hebat youuu allll . haaa


first , saya bertemu dengan jerantut , second terengganu , third pasir mas and last sekali untuk final bertemu dengan kubang kerian . so , alhamdulilah semuanya dapat dilepasi dengan baik . which means , team saya untuk dua perseorangan dan satu bergu berjaya menjadi johan . termasuk johon keseluruhan untuk sukan ping pong . hehe.


seterusnya , haruslah bergambar dengan best friend merangkap ketua kontigen dan orang kuat volley ball bersama banner kolej sebelum balik selepas acara pengambilan hadiah . 


and lastly habis game, malam tu even penat sangat tapi puan dah janji kalau menang dapat pergi jalan-jalan terus rasa fresh balik dari penat sebab dapat pergi wakaf che yeh . and bila balik kuantan ada satu lagi puan janji untuk belanja makan ikan bakar dekat tanjung lumpur giteww . haha . 

tapi even menang semua game pun , saya dengan kawan sorang lagi tak terpilih untuk tournament pergi ke johor bahru . incharge cakap sebab kira mata katanya . walaupun sebenarnya kalau ikutkan mata kitorang lah yang paling tinggi sebab empat-empat game kita conquer 11 mata . tu tak termasuk double or triple set lagi . lagi satu , incharge ni kalau nak kelentong agak-agaklah , macam kita ni bidang terjun pulak dalam sukan ping pong ni tak tahu apa-apa . tapi apa-apa pun malas nak fight sangat , bulan 6 kita ada aktiviti lain dan yang paling penting kami dah bawak balik medal emas untuk kolej . hmm

so , itu je lah . minggu ni pun akan agak busy preparation untuk final exam . doakan saya . setakat ni , semua yang berlaku alhamdulilah mengikut kehendak saya dan yang paling penting sebenarnya biarlah mengikut kehendak Allah swt . malah sangat-sangat okay . alhamdulilah :') . so , apa-apa pun doakan lah saya okay . hehe . assalamualaikum 

practical story #1

assalamualaikum . serius dah lama tak menaip . sekejap taip sekejap padam je sebelum ni . since saya memang busy , ditambah pulak baru-baru ni lappy rosak jadi tak bolehlah saya nak update blog . begitulah alkisahnya . bosannya ayat ==' . and lagi satu saya baru lepas habis exam mid term sebenarnya

okay dah hampir sebulan lebih saya praktikal untuk semester 4 . interestinglah jugak semester 4 ni . lagi pun sem 4 ni more to komuniti . kekonon apa-apa yang tentang kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat gitewww . sem kali ni saya banyak praktikal di klinik berbanding di wad . sebab baru je dua minggu masuk wad surgical dengan orthopedic then balik klinik kesihatan balok semula . 

kalau sebelum ni saya banyak cerita pasal dalam wad je . so , entry kali ni khusus untuk entry klinik dan komuniti . kerja dekat klinik ni dia ada hari kekadang busy , kekadang lengang . dan kumpulan saya more fokus to unit mother child health berbanding dengan unit opd atau emergency . tapi kekadang pergi jugak dekat situ sebab tak cukup staff . 

selain duduk dekat klinik , buat antropometri , bagi suntikan imunisasi , check ibu mengandung , booking and tolong sister menaip buat return lepas tu sister belanja makan . haha . kitorang ada jugak pergi melawat rumah dan sekolah . first sekolah yang saya pergi dekat tadika al-safinnah pelabuhan kuantan untuk buat pemeriksaan fizikal dan bagi mereka makan ubat cacing . teringat pulak zaman kecik , kita pun dulu macam ni 



caption diatas

selain tadika , hari ni kami pergi sk balok and sama jugak untuk buat pemeriksaan fizikal ditambah dengan health talk + suntikan imunisasi . penat jugak lah hari ni . tak tahu kenapa penat sangat .



bergambar dalam bas tu perlu sebelum berangkat . bas sesat nak cari sekolah ni tau =='





and yes , ni lah sekolahnya . so , misi garang datang nak cucuk adik-adik . grrr . apa yang kelakarnya , bila bagi health talk tadi . bila cakap assalamualaikum terus depa ni jawab penuh dan berlagu waalaikumsalamwarahmatuAllahiwabarakatuh cikgu/nurse/doktor . semua gabung sekali gus . haha

tak kurang ada je yang buat rileks bila kena cucuk , pucat , menggigil nampak jarum and yes ada yang menangis . yang kelakarnya bila sorang nangis , 2 3 orang yang belakang pun nangis jugak . then bila dah kena cucuk action pulak depan kengkawan yang lain kata tak sakit . aiseh !  . ingat tak kuat mana sebab bebudak ni kecik je tapinya haa siap dengan saya-saya kena terajang sebab pegang tak nak bagi bergerak

okay itu sahaja roger dari saya yang dah lama tak wujudkan entry ini . esok , still akan pergi sk balok baru untuk buat aktiviti yang sama tapi untuk student darjah 6 pulak . tapi tadi dah beramah mesra dengan diorang sebenarnya , sebab balik dari tandas terus bebudak perempuan tahan , ingat nak buli ke apa rupanya nak salam . so , esok inshaaAllah kita jumpa lagi k :D


memandangkan dah habis exam haruslah berjimba-jimba dan bershopping menggunakan duit elaun dan terasa diri ini sebenarnya sudah melebihi bajet yang ditetapkan . . blerghhh =='


dan oleh kerana cuti diluluskan pada weekend ini , haruslah bershopping untuk kesayangan kakak sarah dan adik qausar juga ! i'm to addicted dengan baju-baju baby sekarang . haha .serius rindu dekat anak-anak buah . tunggu acu balik :'D

sampai disini sahaja entry kali ini . okay bye assalamualaikum

praktikal bermula

assalamualaikum :)




setelah habis waktu teory selama sebulan lebih ini dan tiba masanya untuk saya praktikal/kerja pulak . alaa , macam biasa tiap sem pun sama . cuma untuk kali ini , saya lebih fokus kepada komuniti . maksudnya , banyak praktikal dekat klinik lah . pergi sekolah bagi injectiion ATT untuk pelajar tingkatan 3 , ubat cacing untuk murid darjah satu atau tadika , health education untuk ibu mengandung dan sebagainya .

and juga akan masuk wad medical , surgical and ortho macam biasa . wish me luck for this praktikal . lebih baik daripada praktikal-praktikal lepas inshaaAllah aamin . isnin ni , saya akan menduduki OSCE . doakan saya lulus cemerlang and tak ketaq + gabra buat any procedure . inshaaAllah aamin :) and doakan saya dilindungi daripada melakukan kesilapan dan mendatangkan mudharat kepada patient saya nanti . nauzubillah . 




short update . thanks


aturan Allah.mencari atau menunggu?

assalamualaikum

haa , tak tahu mukadimah nak buat macam mana ni . asyik taip then padam balik . okay terus direct senang cerita . ianya tentang "hati" . sebenarnya nak mengelak daripada cakap bab-bab ni lagi tapi tulah . bila orang cakap bab jodoh , mesti akan dikaitkan dengan mencari atau menunggu . tapi kadang-kadang apa yang kita tahu tentang mencari ? dan apa yang kita tahu tentang menunggu ? 


Sebenarnya kan , bila orang asyik duduk cakap pasal jodoh , kahwin , cinta , sedar  tak yang sememangnya Allah dah create satu “kisah cinta” untuk semua kita ni . sedar tak ?Cuma bezanya , waktu dan tempoh kisah cinta kita sendiri . ada orang memilih untuk mencari , ada orang pilih untuk menunggu . tapi ramai mana sangat yang tahu erti mencari dan menunggu . mencari macam mana ? mencari macam cari handphone yang hilang ? menunggu macam mana ? macam tunggu bas rapid ? so , ianya depend pada kita sendiri .

"mencari" phone yang hilang soalnya . kita dengar bunyi deringan , lantas kita selak-selak buku , kusyen sofa dan etc untuk jawab panggilan phone , kita jumpa then kita angkat tapi rupanya yang dail tu salah nombor je walhal dalam hati kita mengharapkan seseorang yang lain . maksudnya kat sini ,

1) kita mencari seseorang , kita jumpa tapi bukan dia yang terbaik untuk kita . 

2) kita mencari , kita dah ada pilihan sendiri tapi yang mengetuk hati kita bukan dia , ianya orang lain .

"mencari" phone yang hilang tapi hanya bunyi getaran tiada bunyi deringan . mungkin kalau bunyi getar kita cepat jadi gelabah sebab susah nak detect kat mana . saya lah tu ==' kemudian kita jumpa , tapi tak sempat nak jawab . nak-nak kalau yang call tu yang memang kita harapkan . maksudnya macam mana?

1) kadang-kadang ada seseorang yang mencintai kita dalam diam , dan dia cuma menghantar isharat "getar" dalam hati kita melalui Allah . macam mana ? yes , doa

2)dan kadang-kadang juga , isi doa mereka adalah sama . tapi mereka saling tak kenal sesama sendiri . yang menghubungkan mereka ialah Allah .

"menunggu" bas rapid kekononnya . kenapa bas rapid ? sebab sekarang sampai bulan april bas rapid free kat kuantan ni . haha . tak , maksudnya kat sini menunggu bas rapid . biasanya bas datang 1/2 sekali . tapi hari jumaat bas tak tiba ikut masa sebab traffic jam . masa tu kita macam mana ? comfirm resah gelisah sebab lagi sejam nak naik bas ekspress balik kampung (saya apply dengan life saya kat sini sebenarnya) . macam tu ke erti menunggu cinta ? maksudnya ,

1)kita dah biasa tunggu orang , kita ni banyak crush , suka orang tu , suka orang ni . kita juga selalu stalk dia. one day , kita stalk dia then kita nampak sesuatu yang boleh rentapkan hati dan jiwa kita . sebegitu sahajakah pengorbanan kita sebab tunggu dia ? bukankah itu menunggu sesuatu yang tidak pasti ? walhal kita tahu kalau bas rapid lambat tiba , kita boleh ambil teksi dan jalan kaki !

"menunggu" angka giliran dekat bank . masa tu ramai sangat orang kat bank . almaklumlah baru masuk gaji . kita datang bank sebab kad bank kita kena telan dekat ATM , so kita datang sebab nak buat kad baru . pastu kita rasa bosan bosan bosan sebab tunggu lama sangat . kan ramai orang . 

1)kita tunggu seseorang.tapi terlalu banyak dugaan ketika menunggu sidia . kita tak putus-putus doa dengan Allah . bila sampai waktunya , Allah kabulkan doa kita . Allah sampaikan cinta kita padanya melalui doa . sebab tiba-tiba masa dekat bank tu , kita nampak ada angka giliran yang orang dah konyok-konyok tetapi ianya lebih awal dari number kita tu ! nampak tak pertolongan Allah ? even hati kita sakit tunggu seseorang tu macam angka giliran yang dikonyok-konyok tu tapi kita tak sedar yang tersirat hati itu , Allah kabulkan doa kita . buktinya kita dapat perkhidmatan awal di bank tadi even kertas tu dikonyok-konyok.


so , diantara mencari dan menunggu terselit satu perkataan iaitu "doa" . mana mungkin Allah swt mengsia-siakan hidup dan kisah cinta hamba-hambaNya .kalaulah cinta itu dapat dilihat , jika ada mana-mana yang nak mainkan perasaan kita , ofcourse kita rasa nak cincang-cincang hati dia . memang hakikat cinta tidak dapat dilihat tapi dapat dirasai . tapi dari segi bagaimana nak "rasa" cinta tu ? kita balas cinta manusia , tapi cuba fikir kita balas tak cinta Allah ? Dia yang selama ini tak pernah berhenti walau sesaat untuk melihat , menjaga , melindungi dan menyintai kita . tak pernah sesaat Allah berhenti . jadi layakkah Dia diperlakukan sebegitu ? subhanaAllah :'(

untuk ladies . cuba kita muhasabah , wanita adalah kaum yang paling disayangi oleh Allah tetapi kenapa Allah tunjukkan kepada rasulullah s.a.w yang perempuan yang paling banyak bilangannya dineraka . kenapa ? disitu kita dapat lihat kecintaan Allah pada kita , punya Dia sayang kita , Allah bagi "hint" dekat kita yang kita adalah kaum yang paling ramai dineraka . subhanaAllah :'(

dan bila kita mendambakan sudut syurga Allah , pernah tak kita fikir adakah kita meletakkan Allah disudut hati kita? hakikat cinta berasal dari kasih sayang Allah . kadang-kadang Allah beri kita pimjam , kadang-kadang Allah ambil ia kembali . dan mengapa kita terlalu lemah apabila kehilangan cinta orang tersayang ? sedangkan cinta itu sendiri daripada Allah . lemah tak kita kalau kita hilang cinta Allah yang paling besar tu ? lupakah kita Allah Maha Kuasa dengan hanya perkataannya "jadi"!

kita ada aturan dan saluran yang betul untuk mengenali seseorang . Allah tu tak kejam pada hambaNya , tapi kita sendiri yang kejam yang pada kisah cinta kita . kita sendiri yang menentukan kemana arah cinta itu harus pergi . ke syurga Allah atau neraka Allah . saya bukan menaip kisah cinta saya , tapi ini adalah secara keseluruhan . lagipun , i want my own secret love story . i believe the promise . Allah takkan sia-siakan hidup kita . percayalah . dan setiap yang berlaku akan berakhir dengan happy ending ! inshaaAllah

so , smile . Allah is always by your side . Dia takkan pernah tinggalkan kita . takkan pernah . jadi balas cinta Allah . Dia dah susun cantik punya baik kisah cinta kita dan jangan sama sekali sia-siakannya . 



so , bila saya kata saya betul-betul nak "jaga" i really meant it ! :'D


*review buku bulan 1* one of my favourite book . serius tak rugi beli . serius . lagipun dia tak tebal sangat pun . dan boleh lihat dengan mata hati kecintaan Allah pada hambaNya :')



janji Allah

assalamualaikum 

hari ni rasa nak senyum sampa ke telinga . nak senyum je hari . subhanaAllah , saya tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana . alhamdulilah , alhamdulilah , alhamdulilah untuk semua yang berlaku :')

So , alhamdulilah semuanya baik-baik sahaja minggu ni and penghujung bulan 1 . after lawat qausar dekat IJN minggu lepas , dah tengok keadaan dia macam mana . baru rasa lega sikit . eventough qausar belum sepenuhnya sihat . Rabu (30.1) qausar selamat menjalani operation peringkat pertama . saya tak pasti nama operation tu apa sebab before this qausar ada buat angioplasty tapi tak Berjaya . sekarang ni qausar dah dipindahkan ke wad setelah duduk icu after operation tu . tapi doctor still monitor keadaan qausar , sebab jantung qausar sangat rumit dan jantung sebelah kanannya disahkan tidak berfungsi .

tapi kuasa Allah sesiapa pun tak mampu nak tandingi . hari ni (3.2) alhamdulilah doktor cakap qausar dah boleh balik . which means operation tu berjalan dengan lancar . tapi still kena monitor and rawatan susulan . bila dapat berita ni dari mak , subhanaAllah . hadir perasaan yang sangat bahagia , bahagia sangat . walaupun qausar belum sembuh 100% , tapi bila sign doktor menunjukkan yang qausar dah boleh discaj , as a student nurse i know all of this will be okay and success . ' alhamdulilah ' the only word untuk remind saya betapa agungnya kuasa Allah :'( terima kasih Allah . terima kasih :')



masa qausar dekat institut jantung negara . 

dan disaat saya hampir blank , blur dan dah tak tahu nak buat apa . yang saya ada cuma bertahan dengan dugaan dan cabaran hidup ini . saya belajar yang "kalau kita rasa kita susah , masih ada lagi yang lebih susah dari kita" dan "disaat kita bertahan dengan apa yang telah ditakdirkan ,disaat itulah kekuatan kita semakin bertambah" . bila masa sentiasa tidak mencukupi buat saya , Allah hadirkan pertolongannya melalui insan-insan yang dipilihnya . Allah tak pernah tinggal saya keseorangan . bila saya asyik risau memikirkan apa sahaja yang bakal berlaku , disitu jua lah Allah beri ketenangan kepada saya . Allah beri pengajaran redha, tawakal dan bergantung padaNya .Allah mendengar doa hamba-hambaNya , Allah tak pernah berhenti sesaat pun untuk meninggalkan kita dan kemudian Allah beri nikmatNya . subhanaAllah :'( baiknya Allah :'(

bila saya terlalu penat pada bulan januari , kemudian diawal bulan februari, Allah tingkatkan semangat saya . Allah khabarkan berita gembira, Allah kirimkan seseorang untuk membantu saya , Allah cukupkan masa untuk saya , Allah kuatkan saya untuk mempelajari ilmu nursing , Allah permudahkan setiap langkah saya . baiknya Allah :'(

dan dengan itu , Allah beri saya impian baru . saya harap saya dapat tempat posting yang sememangnya saya nak iaitu rahsia dan saya nak jadi staffnurse dekat wad paedetrik (kanak-kanak) . kenapa paedetrik ? padahal masa praktikal wad paedetrik dulu mati-matian saya taknak praktikal kat situ lagi sebabnya nak jaga budak-budak lagi rumit dari nak jaga orang tua/orang muda . sebab apa ? sebab budak-budak , kalau dia sakit dia boleh nangis je , dia tak boleh nak bagitahu sakit kat mana , tu adalah cabaran untuk kita buat intervensi kejururawatan kat diorang tapi kalau orang tua/muda depa boleh cakap sakit kat mana , nak apa , itu ini .

 and satu lagi , sebenarnya saya kekadang emosi tak kuat bila tengok perawatan itu ini dekat bayi . cucuk sana , cucuk sini . no , saya tak mampu nak buat . tengok depa nangis , mulalah saya pun rasa nak nangis .walhal , sebelum ni saya memang berimpian nak jadi staffnurse dekat bahagian accident and emergency(a&e) . tapi sejak qausar lahir , sejak quasar duduk hospital , qausar banyak ajar saya erti ‘jururawat ‘ sebenar :’) hmm dan sebab yang pertama ialah , acu nak rawat and nak jaga bayi-bayi macam qausar sebaik-baiknya . kalau cakap pasal qausar mulalah nak shaking pastu airmata pulak bergenang . okay berhenti sekejap taip T T



sebab apa ? because is always be there for us :')

untuk sesiapa sahaja yang tahu tentang kisah qausar , mengambil berat padanya dan sentiasa mendoakannya . terima kasih :') hanya Allah yang lebih mengetahui setiap sesuatu itu . kita kuat dengan kekuatan doa . walaupun kita tak tahu , tak kenal dan tak rapat sesama kita tapi saya dapat rasa , ramai sangat yang sayangkan qausar dan berdoa untuknya . terima kasih :') moga Allah sentiasa merahmati kalian dan redha dengan setiap langkah kalian . aamin aamin aamin :')

untuk kawan-kawan yang sentiasa beri saya semangat diluar , facebook , twitter dan surat jugak ! yang bagi kata-kata semangat dan doa . terima kasih . setiap kali saya baca , tiap kali tu air mata mula je bergenang . saya simpan semua surat-surat , im dan etc . saya simpan . sebab bila saya rasa saya down , saya buka dan saya baca balik semua tu . 

dan setiap teguran , ketidakpuas hati semasa saya menjalankan tanggungjawab saya . saya minta maaf , saya bukan sesempurna manusia . tapi takpe saya tak marah , saya anggap semua tu teguran daripada Allah . :')


setiap apa yang berlaku diantara kita dengan manusia , itu adalah kerana Allah sendiri yang mendetikkan hati seseorang itu . bukan saja-saja .

p/s : acu tak sabar nak balik cuti raya cina , nak jumpa qausar . nak kumpul satu family macam biasa :') tak sabarrrrrrrrr


dan saya rasa , saya sekarang tengah fanatik dengan baju-baju baby ! hadiah utnuk qausar balik nanti . kalau hijau sama pulak dengan cadar acu . ihiks !



suatu hari nanti , aku nak lepaskan semua ni

assalamualaikum

dari awal tahun sampai lah hari ni , kekadang aku rasa dah tak tahan dengan semua ni . aku penat sangat . serius penat . memang dah biasa hidup dengan kesibukan tapi entah rasanya semester kali ni lagi busy . lagi penat . dengan ujian yang mendatang . sampaikan aku rasa aku hanya perlu bertahan jadi kuat , tanpa menyelesaikan semua ni . serius aku penat . aku sangat penat . nak je aku adukan semua ni dekat mak ayah and family aku . tapi keadaan sekarang memang tak mengizinkan , ditambah pulak dengan qausar sakit :'( subhanaAllahhh , kekadang aku rasa semua ujian ni datang menimpa-nimpa sampai aku rasa tak kuat langsung nak hadapi semua ni . aku nak lepaskan semua ni . 

dalam menyelesaikan semua tanggungjawab aku kat sini , dalam pada itulah kerisauan sentiasa datang, risau dengan keadaan qausar . masa mula-mula qausar transfer dekat HTAA , setiap petang habis kelas mesti pergi dekat qausar . tapi tak dapat masukkan sebab qausar masuk wad paedetrik icu . maknanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan masuk . aku tak tahu nak gambarkan keadaan aku perasaan aku macam mana lagi sekarang . as a student nurse yang dah biasa tengok setiap rawatan dan procedure , aku tahu semua itu menyakitkan . apatah lagi dia yang masih bayi . dan setiap kali ada yang tanya pasal qausar macam mana , air mata dah tak boleh tahan asyik nak titis je sekarang . ya , akui yang aku tak kuat tapi aku terpaksa act like aku ni kuat . 

semua family risaukan qausar , apatah lagi along and abang mie, mak ayah dia sendiri . tapi ni dah takdir Allah , lagipun qausar tu milik Allah , hak Allah jadi Allah boleh buat apa sahaja keatas qausar . siapa lah kita ni lawan kuasa Allah . dari qausar umur 9 hari hingga lah dah nak masuk 2 bulan (27hb) dia still terima rawatan and duduk hospital . maknanya dari start aku balik cuti sem lepas sampailah aku dah kembali kat kolej ni sebulan dah . tapi , qausar dia kuat , sangat kuat . bayangkan dia boleh survive 9 hari dekat rumah dengan jantung yang macam tu tanpa bantuan ubat atau alatan medikal .then bila hantar dekat emergency , spo2 qausar masa tu dah range 40-60 iaitu kalau spo2 normal range dia sepatutnya 90-100. so , kalau qausar kuat , apa motif untuk aku lemah dengan semua dugaan yang Allah bagi ni .




muhammad hasef qausar bin khairul hanafi . sekarang ni qausar kat IJN. sedang berjuang 50-50 dengan nyawanya sendiri . harini tarikh (23/1) untuk dilakukan operation dan dr hanya suruh bersedia . doakan qausar ya kalian :'( doakan kesembuhannya dan moga-moga pembedahan qausar kali ni berjalan lancar . ya Allah , kurangkan rasa sakit qausar dalam setiap prosedur dan penyakitnya . aamin :'(

sebelum pergi perak and selepas balik perak , aku rasa aku tak berhenti lagi untuk habiskan dan selesaikan tanggungjawab dan kerja-kerja aku kat sini . dan untuk minggu-minggu yang akan datang , rasanya jadual aku padat sangat . tu yang dah tahu jadual apa yang perlu aku selesaikan , yang tak dapat lagi macam mana ? penatnya ya Allah :'(




#majlis perwakilan pelatih #perak

Dear Allah , sometimes it's hard for me to understand what you really want to happen.but i trust you.i know you will give me what's best

thanks :'(

pretend to be strong

assalamualaikum

dah dua minggu start masuk kolej balik . dan bahang busynya subhanaAllahhhh.dan setelah dua minggu , malam ni je saya rasa macam cool and rileks sikit . hmmm alhamdulilah . tapi macam tulah eventough busy sangat pun Allah akan bagi jugak kemudahan . okay macam ni lah , maybe korang tak tahu kenapa saya terlalu busy semester kali ini . sebenarnya saya sudah dilantik menjadi setiausaha Majlis Bersama Institusi Latihan (MBIL) dan ini semua buat saya amat stress apabila mula dicalonkan dulu . 

memang keinginan saya untuk refuse ketika dicalonkan . tapi apakan daya saya untuk refuse kerana ini menggunakan kuasa veto dan pilihan orang atasan . tapi saya cool dulu masa tu sebab saya agak undi tidak akan memihak kepada saya memandangkan pihak lain yang dicalonkan adalah lebih layak . sebab keinginan saya untuk sesekali tidak akan masuk dalam sebarang perwakilan . cukuplah aktif dalam lakonan , persembahan etc yang hanya untuk group . lagipun kat sini semua perempuan takde lelaki . haa


with kak shazini :)

then , sedang busy practice untuk persembahan dinner. ketika itulah bahang-bahang stress datang . pada tarikh undian , saya amat-amatlah takut , sampaikan setiap undian roomate, classmate saya pengaruhi untuk TIDAK mengundi saya . siap main ugut lagi tau . sorry tau . then , bila sampai masanya kiraan undian diumumkan *muka hampa* nama saya disebut sebagai undian tertinggi dalam jawatan setiausaha . sebenarnya , saya agak kak fatin yang akan menang . sebab semua orang kenal kak fatin yang sangat lemah lembut , berdedikasi , tegas tapi ayu , semualah . apalah sangat nak dibandingkan dengan saya yang cakap tak berhenti bila jumpa microphone , lupa diri bila berada di pentas dan segalanya *mungkin orang yang betul-betul kenal saya je yang akan faham semua ni*



kemudian saya terima dengan seadanya.mungkin Allah pilih saya melalui undian mereka . dan mungkin ini adalah satu bentuk ujian yang Allah nak bagi melalui tanggungjawab ini . sejak masuk kolej untuk semester kali ini , masa tak pernah rasa nak cukup , tidur selalu lepas pukul 1 am untuk siapkan beberapa kerja , pakaian and tudung pun kekadang ambil yang ready je untuk pakai , mana nak ulangkaji lagi , nak attend assignment . tapi group saya amatlah memahami , untuk sem kali ni saya tak pernah lagi attend group discussion.hehe.but bila ada assignment yang kena buat , bila mereka yang sediakan power point , saya akan cuba untuk bentangkan pula esoknya , tapi baru sekali . hehe .

tapi walau terlalu busy pun , kalau boleh saya taknak tunjuk yang saya ni stress . walaupun sebenarnya dah dua kali saya menangis sengsorang . walhal , saya cakap saya taknak langsung tumpahkan air mata . tapi saya ni perempuan , apalah sangat tengok macam keras tapi hati ni lembut jugak kan .tapi apa yang paling saya rasa bermakna sangat sem kali ni , walaupun terlalu busy saya masih dapat attend usrah/daurah . tu pun kekadang lambat sampai sebab nak siapkan sesuatu dulu . tapi alhamdulilah , Allah permudahkan . and satu lagi saya dapat rasa ketenangan dan tak perlu fikir kerja-kerja saya yang melambak , minit mesyuarat , laporan , biro and etc . thanks to kak izzah yang selalu ingatkan saya  :) dan bila saya lambat sikit sampai akan ada kawan-kawan usrah yang akan call saya , bukan sorang dua tapi lima orang ! sebab tu lah kita takkan rasa keseorangan , Allah utuskan mereka untuk ingatkan sesama kita :')


sebahagian daripada alhubb huna

so , oleh kerana itu saya sentiasa perlu bertahan . sebaik yang mungkin . Allah takkan uji seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya kan ? lagi pun kita kena ingat jika sesuatu itu berlaku kerana kehendak kita , kita bertuah tapi bila ia berlaku atas kehendak Allah , kita adalah sangat bertuah . sebab ? sebab ia berlaku atas kehendak Allah swt :')

sampai sini je kot . ada masa saya sambunglah lagi . ni pun berterima kasih pada as . sebab dialah saya boleh online dan taip blog ni haa . okay , apa-apa pun , doakan saya disini . selalu je kan kalau korang baca blog saya , saya mintak korang doakan saya . sorry , cuma saya sangat percaya dengan kekuatan doa . so , sama-samalah kita mendoakan sesama kita . baik kita kenal atau tak pernah kenal , ketahuilah saya juga punya rasa sayang dekat readers yang baca blog saya ni tau :) sebab korang sudi spend masa korang untuk baca semua entry-entry saya . thanks tau :')



assalamualaikum

2013

assalamualaikum

rindu tak ? rindu tak ? rindu takkkkkk ? haaaa . bukan niat nak hilangkan diri . kena faham yang sebarang jenis modem untuk online sudah saya hapuskan . baik dirumah juga dikolej . broadband juga sudah saya terminated . jadi kuranglah saya bersosial di alam maya ini . okay balik kepada realiti , saya ada banyaakkkkk benda sebenarnya nak kongsi tapi ianya takkan dapat disampai dalam satu entry ini sahaja . so semua akan beranggapan saya akan mewujudkan entry-entry lain juga selepas ini ? iye idok ? haha . tengoklah title kan dah bagitahu busy , maybe tak boleh lagi selepas ini . haa , yang penting baca blog ni selalu kena feel lagi sedetik lebih ni . lagu favourite dari dulu sampai sekarang . hehe

baru sahaja menghabiskan cuti semester bebaru ini dengan mendapatkan lesen kreta . so alhamdulilah , saya lulus dan tak perlu lagi pergi kelas memandu . hoyeahhh ! once saya dah naik semester 4, tanggungjawab saya juga sudah bertambah , banyak benda yang nak saya selesaikan , banyak benda yang saya perlu lalui untuk tahun 2013 dan banyak impian yang saya perlu realisasikan . tu tak termasuk impian-impian yang tertunggak dulu tu . haa macam mana ni ? jadi untuk realisasikan dengan sistematik , saya sedar saya perlu lepaskan sesuatu yang perlu saya capai pada usia yang menginjak 20 tahun ini . its okay , sesuatu yang sudah ditakdirkan ianya tetap akan berlaku :)




and selepas ini tiada lagi cerita sedih , putus asa , hilang semangat . no more aqmar ! nikmati hidup yang Allah bagi ini dengan seadilnya dengan diri sendiri . sayang diri dengan hati tu sikit boleh aqmar jusof ? boleh ? haa insyaAllah boleh . lagipun 2012 banyak mengajar saya setiap erti meletakkan kebergantungan kita kepada Allah swt . dan 2012 lah tahun yang paling saya banyak berangan . yes i tell you . kuat berangan aku ni sebenarnya . tapi terima kasih Allah dengan 2012 yang sangat bermakna ini . terima kasih :)




lagipun berkaitan dengan hidup ni , kita sendiri tak tahu masa depan kita nanti macam mana . pendek kata hidup kita ni memang rumit tapi tanpa kita sedari yang kita boleh melewati masa-masa rumit kita . adat kita kadang-kadang kat atas dan kadang-kadang kat bawah . adat okay . saya sebenarnya baru sahaja melewati detik-detik putus asa saya . once bila ujian bertubi-tubi datang sampai rasa diri ni useless . nasihat untuk diri sendiri langsung tak makan dalam . bila sendiri tak dapat selesaikan sesuatu perkara . i feel down but bila saya ada baca blog budak tomato . tiba-tiba semangat tu kembali . tiba-tiba jadi macam orang baru . tiba-tiba nak berjuang hadapi setiap dugaan yang Allah beri . terima kasih Allah


' aku pernah putus asa dengan diri sendiri . bahkan acap kali , tapi tidak sesekali aku putus asa dengan rahmat Allah , terima kasih Allah swt " AJ

apa yang penting bagi saya , bila keadaan itu memaksa kita , then kita tak dapat nak selesaikan sesuatu itu , cuma dua kita perlu berfikir iaiti terima seadanya dan bertahan ! disitulah kita dapat lihat betapa kuatnya kita . sekali sekala pujilah diri sendiri , tapi dalam hati je ataupun cakap sengsorang . "you are strong aqmar jusof!' then Allah beri lagi kita peluang . baiknya Allah :D



"my dear 'diri' , saya mintak maaf sebab selama ni sia-siakan awak . saya sedia terima cabaran tu . even i have nothing special , tapi saya tahu Allah , Dia ada perancangan yang terbaik bagi saya untuk tahun 2013 ni . siapa cakap nothing special ? ada lah sikit kot , mana boleh bagitahu special apa . hehe 

setakat ini sahaja dari saya . doakan saya , doakan saya terus berjuang untuk masa depan saya . ingat , tiada lagi istilah putus asa ! dan ingin juga saya nyatakan disini , saya akan berhenti untuk menaip blog buat sementara . sementara sahaja . kalau dulu tiap hari update entry , lepas tu seminggu sekali , lepas tu dua minggu sekali , lepas tu sebulan sekali dan kali ini saya stop dulu ya . i will be back , dont worry . biar saya jalani kehidupan realiti saya dengan sebaik dan seadilnya dahulu dan selepas itu saya akan kembali lagi selepas ini dengan dunia maya saya ini . erk ? haha



tahniah my best friend, nick dah jadi tunangan orang . lepas ni fatin amani pulak . er ? haha . lepas tu tinggal aku sorang-sorang . kbye


and my dear muhammad hasef qausar . stay strong . acu doakan qausar sembuh dan acu yakin Allah datangkan orang-orang yang baik untuk rawat qausar . insyaAllah dipermudahkan major operation di IJN nanti . insyaAllah jantung qausar akan pulih and sihat seperti baby-baby lain . insyaAllah :'( aamin

always stay strong
AJ