Followers

suatu hari nanti , aku nak lepaskan semua ni

assalamualaikum

dari awal tahun sampai lah hari ni , kekadang aku rasa dah tak tahan dengan semua ni . aku penat sangat . serius penat . memang dah biasa hidup dengan kesibukan tapi entah rasanya semester kali ni lagi busy . lagi penat . dengan ujian yang mendatang . sampaikan aku rasa aku hanya perlu bertahan jadi kuat , tanpa menyelesaikan semua ni . serius aku penat . aku sangat penat . nak je aku adukan semua ni dekat mak ayah and family aku . tapi keadaan sekarang memang tak mengizinkan , ditambah pulak dengan qausar sakit :'( subhanaAllahhh , kekadang aku rasa semua ujian ni datang menimpa-nimpa sampai aku rasa tak kuat langsung nak hadapi semua ni . aku nak lepaskan semua ni . 

dalam menyelesaikan semua tanggungjawab aku kat sini , dalam pada itulah kerisauan sentiasa datang, risau dengan keadaan qausar . masa mula-mula qausar transfer dekat HTAA , setiap petang habis kelas mesti pergi dekat qausar . tapi tak dapat masukkan sebab qausar masuk wad paedetrik icu . maknanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan masuk . aku tak tahu nak gambarkan keadaan aku perasaan aku macam mana lagi sekarang . as a student nurse yang dah biasa tengok setiap rawatan dan procedure , aku tahu semua itu menyakitkan . apatah lagi dia yang masih bayi . dan setiap kali ada yang tanya pasal qausar macam mana , air mata dah tak boleh tahan asyik nak titis je sekarang . ya , akui yang aku tak kuat tapi aku terpaksa act like aku ni kuat . 

semua family risaukan qausar , apatah lagi along and abang mie, mak ayah dia sendiri . tapi ni dah takdir Allah , lagipun qausar tu milik Allah , hak Allah jadi Allah boleh buat apa sahaja keatas qausar . siapa lah kita ni lawan kuasa Allah . dari qausar umur 9 hari hingga lah dah nak masuk 2 bulan (27hb) dia still terima rawatan and duduk hospital . maknanya dari start aku balik cuti sem lepas sampailah aku dah kembali kat kolej ni sebulan dah . tapi , qausar dia kuat , sangat kuat . bayangkan dia boleh survive 9 hari dekat rumah dengan jantung yang macam tu tanpa bantuan ubat atau alatan medikal .then bila hantar dekat emergency , spo2 qausar masa tu dah range 40-60 iaitu kalau spo2 normal range dia sepatutnya 90-100. so , kalau qausar kuat , apa motif untuk aku lemah dengan semua dugaan yang Allah bagi ni .




muhammad hasef qausar bin khairul hanafi . sekarang ni qausar kat IJN. sedang berjuang 50-50 dengan nyawanya sendiri . harini tarikh (23/1) untuk dilakukan operation dan dr hanya suruh bersedia . doakan qausar ya kalian :'( doakan kesembuhannya dan moga-moga pembedahan qausar kali ni berjalan lancar . ya Allah , kurangkan rasa sakit qausar dalam setiap prosedur dan penyakitnya . aamin :'(

sebelum pergi perak and selepas balik perak , aku rasa aku tak berhenti lagi untuk habiskan dan selesaikan tanggungjawab dan kerja-kerja aku kat sini . dan untuk minggu-minggu yang akan datang , rasanya jadual aku padat sangat . tu yang dah tahu jadual apa yang perlu aku selesaikan , yang tak dapat lagi macam mana ? penatnya ya Allah :'(




#majlis perwakilan pelatih #perak

Dear Allah , sometimes it's hard for me to understand what you really want to happen.but i trust you.i know you will give me what's best

thanks :'(

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum... dear friend, orang2 yang sabar adalah orang yang menang. Allah menguji orang yang beriman. jihad fi sabilillah!! saya doakan semoga semuanya dipermudahkan, semuanya yang baik2 saja! qema kuat, i'm soooooo proud of you! <3 you lillah :')

-NFI-