Followers

practical story #1

assalamualaikum . serius dah lama tak menaip . sekejap taip sekejap padam je sebelum ni . since saya memang busy , ditambah pulak baru-baru ni lappy rosak jadi tak bolehlah saya nak update blog . begitulah alkisahnya . bosannya ayat ==' . and lagi satu saya baru lepas habis exam mid term sebenarnya

okay dah hampir sebulan lebih saya praktikal untuk semester 4 . interestinglah jugak semester 4 ni . lagi pun sem 4 ni more to komuniti . kekonon apa-apa yang tentang kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat gitewww . sem kali ni saya banyak praktikal di klinik berbanding di wad . sebab baru je dua minggu masuk wad surgical dengan orthopedic then balik klinik kesihatan balok semula . 

kalau sebelum ni saya banyak cerita pasal dalam wad je . so , entry kali ni khusus untuk entry klinik dan komuniti . kerja dekat klinik ni dia ada hari kekadang busy , kekadang lengang . dan kumpulan saya more fokus to unit mother child health berbanding dengan unit opd atau emergency . tapi kekadang pergi jugak dekat situ sebab tak cukup staff . 

selain duduk dekat klinik , buat antropometri , bagi suntikan imunisasi , check ibu mengandung , booking and tolong sister menaip buat return lepas tu sister belanja makan . haha . kitorang ada jugak pergi melawat rumah dan sekolah . first sekolah yang saya pergi dekat tadika al-safinnah pelabuhan kuantan untuk buat pemeriksaan fizikal dan bagi mereka makan ubat cacing . teringat pulak zaman kecik , kita pun dulu macam ni 



caption diatas

selain tadika , hari ni kami pergi sk balok and sama jugak untuk buat pemeriksaan fizikal ditambah dengan health talk + suntikan imunisasi . penat jugak lah hari ni . tak tahu kenapa penat sangat .



bergambar dalam bas tu perlu sebelum berangkat . bas sesat nak cari sekolah ni tau =='





and yes , ni lah sekolahnya . so , misi garang datang nak cucuk adik-adik . grrr . apa yang kelakarnya , bila bagi health talk tadi . bila cakap assalamualaikum terus depa ni jawab penuh dan berlagu waalaikumsalamwarahmatuAllahiwabarakatuh cikgu/nurse/doktor . semua gabung sekali gus . haha

tak kurang ada je yang buat rileks bila kena cucuk , pucat , menggigil nampak jarum and yes ada yang menangis . yang kelakarnya bila sorang nangis , 2 3 orang yang belakang pun nangis jugak . then bila dah kena cucuk action pulak depan kengkawan yang lain kata tak sakit . aiseh !  . ingat tak kuat mana sebab bebudak ni kecik je tapinya haa siap dengan saya-saya kena terajang sebab pegang tak nak bagi bergerak

okay itu sahaja roger dari saya yang dah lama tak wujudkan entry ini . esok , still akan pergi sk balok baru untuk buat aktiviti yang sama tapi untuk student darjah 6 pulak . tapi tadi dah beramah mesra dengan diorang sebenarnya , sebab balik dari tandas terus bebudak perempuan tahan , ingat nak buli ke apa rupanya nak salam . so , esok inshaaAllah kita jumpa lagi k :D


memandangkan dah habis exam haruslah berjimba-jimba dan bershopping menggunakan duit elaun dan terasa diri ini sebenarnya sudah melebihi bajet yang ditetapkan . . blerghhh =='


dan oleh kerana cuti diluluskan pada weekend ini , haruslah bershopping untuk kesayangan kakak sarah dan adik qausar juga ! i'm to addicted dengan baju-baju baby sekarang . haha .serius rindu dekat anak-anak buah . tunggu acu balik :'D

sampai disini sahaja entry kali ini . okay bye assalamualaikum

No comments: