Followers

sukan zon timur ilkkm

assalamualaikum

so dah berapa lama tak wujud entry baru ? okay agaklah lama . asyik-asyik entry pun kekadang yang recent activity je . ye ye ol nak taip jugak malam ni pasal sukan bagai . hehe . dua hari yang lepas , saya bertolak ke kelantan untuk sertai sukan zon timur . and as usual sukan yang saya main daripada zaman sekolah sampai sekarang ialah ping pong . indoor gitewww . tak berjemur bawah matahari and tak hangus kulit gitewww . haaa tapi jangan ingat tak sihat tak berpeluh okay . tak payah taip banyak-banyak , kita upload gambar je lah . lagipun agak penat sebenarnya ni tapi kena update malam ni jugak .



pukul 6.15 am dah kena berkumpul dalam bas untuk pergi terus ke kompleks sukan . dekat kubang kerian rasanya . haa tak ingat tau . tak ingat . punyalah dalam bas asyik tidur .


sampai sana terus masuk dewan . rupanya kita yang paling awal . semangatnya lain macam . team ping pong kkj kuantan . sorang lagi tukang ambil gambar . so manager kita tak de dalam ni . 


bila tengok kolej lain berlatih , kita duduk bersadai tengok skill depa .eceh , padahal tengah takut ni , lawan semua hebat hebat youuu allll . haaa


first , saya bertemu dengan jerantut , second terengganu , third pasir mas and last sekali untuk final bertemu dengan kubang kerian . so , alhamdulilah semuanya dapat dilepasi dengan baik . which means , team saya untuk dua perseorangan dan satu bergu berjaya menjadi johan . termasuk johon keseluruhan untuk sukan ping pong . hehe.


seterusnya , haruslah bergambar dengan best friend merangkap ketua kontigen dan orang kuat volley ball bersama banner kolej sebelum balik selepas acara pengambilan hadiah . 


and lastly habis game, malam tu even penat sangat tapi puan dah janji kalau menang dapat pergi jalan-jalan terus rasa fresh balik dari penat sebab dapat pergi wakaf che yeh . and bila balik kuantan ada satu lagi puan janji untuk belanja makan ikan bakar dekat tanjung lumpur giteww . haha . 

tapi even menang semua game pun , saya dengan kawan sorang lagi tak terpilih untuk tournament pergi ke johor bahru . incharge cakap sebab kira mata katanya . walaupun sebenarnya kalau ikutkan mata kitorang lah yang paling tinggi sebab empat-empat game kita conquer 11 mata . tu tak termasuk double or triple set lagi . lagi satu , incharge ni kalau nak kelentong agak-agaklah , macam kita ni bidang terjun pulak dalam sukan ping pong ni tak tahu apa-apa . tapi apa-apa pun malas nak fight sangat , bulan 6 kita ada aktiviti lain dan yang paling penting kami dah bawak balik medal emas untuk kolej . hmm

so , itu je lah . minggu ni pun akan agak busy preparation untuk final exam . doakan saya . setakat ni , semua yang berlaku alhamdulilah mengikut kehendak saya dan yang paling penting sebenarnya biarlah mengikut kehendak Allah swt . malah sangat-sangat okay . alhamdulilah :') . so , apa-apa pun doakan lah saya okay . hehe . assalamualaikum 

1 comment:

Eyqa Chi said...

Study kat kolej kkm kena aktif ke sis ? Sy bru nak masuk kolej kejururawatan tapi sy nieh jenis takde bakat dlm sukan . Risau plak klu kena aktif dlm skan ����