Followers

jururawat

assalamualaikum

hari yang baik untuk taip blog setelah berjuang dengan final exam selama seminggu  . bebas ! bebas dari tidur lewat study last minit malam-malam . 4 pagi baru tidur , mata pun dah agak macam panda . sekarang rasa macam nak tidur lama-lama , qadha tidur yang lepas . sigh ==' tapi takpe , taip blog dulu sebab masa tengah exam lah idea untuk menaip tu datang . so , hold dulu . habis je exam baru start .

okay macam ni , memandangkan ramai adik-adik lepasan spm yang tanya saya pasal bidang jururawat dengan inbox message yang saya tak ter reply pun . sory , saya busy . so jom kita reply kat sini . okay nak jadi nurse ni bukan sekadar nak jaga orang , nak buat amal , nak bagi makan ubat dekat patient or etc . kalau korang masuk dalam bidang jururawat ni sebenarnya korang akan nampak meluas skop tentang kerjaya nurse ni . 

cita-cita memang nak jadi nurse ?

*no , dari saya kecil sampailah sekolah menengah jururawat bukan kerjaya pilihan saya . yang biasa tulis dalam biodata part cita-cita ialah . cikgu (ofcourse cikgu) , setiausaha pejabat (terpengaruh tv dan novel boleh mengorat bos muda,LOL) , wartawan (wartawan macam majalah 3 dulu-dulu sebab nak pergi jalan-jalan keliling dunia) dan pembaca berita (bajet macam suara best je ==' ) 

minat ke jadi nurse ?

*tidak , dulu saya tak pernah terlintas nak jadi nurse . bukan setakat tak terlintas , saya memang taknak pun jadi nurse . lagipun saya sebenarnya dah terbiasa dengan skop kerjaya nurse sebab kakak-kakak saya memang semuanya nurse . cuma lain bidang dan lain warna line atas tudung sahaja . which means , kakak sulong saya dalam bidang pergigian (kuning) , dan sorang atas daripada saya dalam bidang kebidanan atau lebih dikenali sebagai jururawat masyarakat (purple) . dah lah tu dua orang je kakak :P dan saya staffnurse lebih kepada medical surgical (biru) . tapi sebenarnya skop jururawat masyarakat dengan stafffnurse ni lebih kurang sama je .

kolej akak swasta atau kerajaan?

*kerajaan . kalau swasta saya tak keluar dah uitm hari tu . lagipun swasta kena buat ptpn yang mana kena pimjam rm60 000 . tapi alhamdulilah kat sini , kitorang dapat elaun setiap bulan rm835 . elaun uniform , elaun buku dan tudung , kasut termasuk stokin diberi percuma . haa gitewww . pendek kata , masuk kat sini tak payah mak ayah nak laburkan duit pun . cukup je . nak saving pun boleh , nak shopping apatah lagi . hehe

habis belajar akak terus kerja ke?

*mengikut perjanjian , yes kami akan dapat kerja terus habis belajar . tapi adalah gap masa untuk bercuti . cuma sekarang , kualiti seseorang jururawat amat dititik beratkan . so pointer yang kurang daripada 2.50 and above tak silap saya tidak akan dilantik . so , alhamdulilah setakat ni saya still boleh carry on

susah tak belajar nursing ni ?

*susah , bagi saya susah sebab dalam nursing korang tak belajar pun pasal akaun , matematik , tassawur etc . ia more to anatomy and fisiologi , penyakit itu ini , obstetric and gynaecology , community , emergency and etc . banyak lah . semuanya akan ikut berperingkat mengikut semester . tapi inshaaAllah boleh je nak carry on even korang bukan daripada kelas sains tulen . ramai je kat sini yang macam tu . itu teory , praktikal macam mana ? kitorang kat sini akan praktikal setiap sem , masuk wad atau klinik khusus dengan apa yang kitorang belajar sem tu . kira macam kerja lah . ikut shift kekadang pagi , petang , malam dan office hour . skill memang kena mantap . masa student ni lah kita kena betul-betul belajar bila praktikal , baru lah boleh jadi jururawat yang berkualiti bila qualified nanti




masuk je kolej kitorang korang cuma akan nampak putih je . yes uniform colour putih dengan kasut sekolah b-first . LOL

nak apply dekat mana ?

*apply dekat web spa8 , which means ada banyak lagi bidang pramedic yang boleh korang apply macam MA , fisioterapi , farmasi,pembantu makmal and etc . doktor je takde okay . 



seronok jadi nurse ?

*yes seronok ! jadi nurse ni korang akan contact dengan ramai orang dan yang bermacam ragam . kalau bab pengalaman ni saya taknak cerita banyak sangat sebab entry-entry sebelum ni dah banyak saya cerita . bukalah kalau rasa nak tahu . hehe




selain itu , entry ini diwujudkan juga sebab bebaru ni sebenarnya nurses day . so , alhamdulilah tahun ke dua sambut nurses day sebagai seorang jururawat pelatih . pelatih baru okay , saya belum qualified lagi .happy nurses day to me !haha inshaaAllah tahun depan bulan 6 saya akan tamatkan diploma kejururawatan ini . aamin aamin aamin . dan dalam proses memikirkan lagi tempat posting yang akan dipilih . eceh . 


tak pernah senaraikan pun dalam biodata untuk jadi staffnurse . tapi yes , sekarang baru tetap dalam hati dengan kerjaya pilihan ini setelah melakukan istikarah 2 tahun yang lalu . 

*semoga entry ini menjawab soalan-soalan yang adik-adik tanya . kalau ada nak tanya lebih lagi . comment je dekat entry ni . inshaaAllah saya jawab . bye . assalamualaikum


11 comments:

Arra Ahmad said...

nurse is da best!!:)

Anonymous said...

assalamualaikum kak aqmar....saya nak tnya syarat2 untk jadi jururawat masyarakat?sbb saya minat sngt2 dlm bidang jururawat masyarakat...sya nak tnya...sya mse form5 sya bkn aliran sains tulen bleh kew sya mhon JM

aqmar jusof said...

waalaikumsalam . of course boleh dik :) saya bukan dalam aliran sains tulen :)saya cadanglan apa kata kalau awak mohon untuk jururawat u29 terus . tapi kalau u minat jururawat masyarakat apa salahnya . JM pro gila kot pasal obstetric ni . tabik :)sebab bagi saya subject obstetric agak susah. hehe

Anonymous said...

Kak,jururawat u 29 mcm akak ke@ lain...kak jururawat u29 tu mcm mnew....lgipn result sye biase jew...kak sye nk blajar dlm bidang nurse mcm mne?

Asyikin said...

Assalamualaikum...tumpang yer..
Pernah tak kita terfikir apa juga pekerjaan,apa juga yg kita lakukan setiap hari tidak mampu menghalang dari berlakunya sesuatu kejadian..

"sediakan payung sebelum hujan"

Apa yg ingin sy kongsokan disini adalah wajib semua orang memiliki perlindungan diri. Dengan adanya perlindungan, anda layak untuk mempunyai Nilai RM 90,000/setiap tahun untuk rawatan di hospital.

Oernah anda bayangkan seandainya salah satu anggota badan yg penting tidak berfungsi,,apa yg akn terjadi kpd pekerjaan anda, bagaimana untuk anda teruskan mencari nafkah?

Pernah bayangkan,bagaimana keluarga,anak2,suami atau isteri terpaksa menanggung anda, perbelanjaan harian, bil2 tertungak dll.

Adakah anda mempunyai simpaban sebanyak RM 500,000 pd masa sekarang?
Jika tiada kenapa anda tidak memudahkan hidup dengan hanya RM 150 sebulan..anda layak untuk mendapat RM 90,000 setiap tahun di hospital, dilindungi untuk 36 penyakit kronik ( jantung,kidney,lung,fibroid,KANSER dll)

Seamdainya terjadi sesuatu kpd anda..waris anda masih mempunyai sokongan untuk survive.

Bayangkan seandainya anda tidak mempunyai perlindungan....

Dengan adanya protection,secara aotomatik anda mempunyai cash value dalam account, duit ini anda boleh gunakan sbg sumber pendapatan seandainya wakty kecemasan, Berbaloi kan..

Sila hubungi saya utk maklumat lanjut
012-4290023 (Eqyn)
Public Takaful AIA Bhd.

Anda mampu buat plan terbaik untuk diri anda.

Fatynn S said...

Salam. Saya skrg dah 2 thn bkerja sbg JT di hosp krjaan.
Tolong jgn apply untuk JM dah ye, sbb sekarang ni JM dh mula dihantar ke prog KPSL utk naik jawatan ke JT. Kalau btul bminat kerja perbidanan, lepas lantikan terus minta penempatan di Gynae/Obs ward atau Labour Room.
Adik, skop kerja JT n JM beza tau! Langsung x sama.

Anonymous said...

Assalamualaikum sis.....mcm mne JM and jt? Apa bezanya JM and jt?

photobasket said...

https://www.facebook.com/pages/E-Nurse/552494501551158.Jom visit page ini.Banyak kelebihan dalam membantu kerjaya jururawat

thaarsini siwasamy said...

salam kak .nak tanya 2 org peljar india jer kerr?

elida tasnim ahmad said...

assalam akak mcm mne nk mohon jururawat u29?

aisyzlan said...

Assalamualaikum...akak nk apply jururawat u29 kna mlalui spa ke macam mna???apa syarat untuk masuk bidang nim