Followers

sukan zon timur ilkkm #part 2 (janji)

okay , assalamualaikum . entry lepas ada bagitahu pasal janji yang puan nak belanja kitorang makan after habis semua sukan ni kan . tu pun kalau menang . dah alang-alang menang , janji harus dikotakan . apa lagi bagi aqmar jusof kalau bab makan . harus lah nombor satu . haha . comey tak kak ton ? tetiba =='

dan oleh kerana tiba-tiba puan ajak semua yang terlibat sukan untuk bersiap setelah habis kelas pukul 5pm . yang pasti 5 pm dah naik atas bas . macam mana tu ? kelas habis 5 pm , 5 pm jugak naik bas . nak suruh kita pakai uniform apa pergi makan . tak boleh lah . it's okay . puan memang bagi masa untuk bersiap dan solat . tapi agaklah rushing untuk perempuan . nak bersiap kekadang lama jugak aku ni . hehe ==' habistu rushing sangat , kita gosok baju lain pakai baju lain . kata puan atlit kena pakai jersey katanya . terus balik je bilik tukar plan pakai palazo , jersey dan senang pakai shawl sebab malas nak gosok . gitewww

so , marilah kita lihat hasil-hasilnya .



nilah team ping pong saya dengan incharge staffnurse lily , serius kalau duduk dengan team ni tak henti asyik duk gelak je .


yang sebelah saya tu ,adibah , kawan merangkap first player untuk game ping pong . pernah wakil negeri johor wa cakap lu . tapi sayang , kami berdua tak dapat jugak untuk pergi peringkat kebangsaan ilkkm dekat johor . buyers punya pasal . tapi staffnurse lily kata nak fight. mana tahu rezeki dapat pergi jalan johor . ce ce ce.


sebelah adibah , player bergu merangkap roomate saya sebilik . muka ni lah yang duduk hadap hari-hari . yang selalu jugak dengar saya ngigau malam-malam . haha


sekarang rasa lapar balik bila update entry ni . sedapnyaaaaa


makanan pun licin habis. aku tak tahu sekarang , kalau senyum asyik nak senyum nampak gigi je . giteww..comey tak kak ton ? hahaha =='


and lastly haruslah bergambar didepan pintu masuk restoran untuk membuktikan jalan-jalan cari makan pernah hadir ke sini . haaa buat xlarge lagi kau..

dah lama tak taip entry-entry macam ni  . lagipun sekarang nak pergi mana-mana malas nak bawak camera . berat letak dalam beg . dah lah barang kita dalam beg dah memang semula jadi penuh dengan itu ini . okay , sampai sini saja . doakan final exam saya minggu depan :) terima kasih :)



kerinduan kepada anak buah kesayangan khalisa maisarah dengan adiknya muhammad hasef qausar :( doakan acu nak exam :(


sukan zon timur ilkkm

assalamualaikum

so dah berapa lama tak wujud entry baru ? okay agaklah lama . asyik-asyik entry pun kekadang yang recent activity je . ye ye ol nak taip jugak malam ni pasal sukan bagai . hehe . dua hari yang lepas , saya bertolak ke kelantan untuk sertai sukan zon timur . and as usual sukan yang saya main daripada zaman sekolah sampai sekarang ialah ping pong . indoor gitewww . tak berjemur bawah matahari and tak hangus kulit gitewww . haaa tapi jangan ingat tak sihat tak berpeluh okay . tak payah taip banyak-banyak , kita upload gambar je lah . lagipun agak penat sebenarnya ni tapi kena update malam ni jugak .



pukul 6.15 am dah kena berkumpul dalam bas untuk pergi terus ke kompleks sukan . dekat kubang kerian rasanya . haa tak ingat tau . tak ingat . punyalah dalam bas asyik tidur .


sampai sana terus masuk dewan . rupanya kita yang paling awal . semangatnya lain macam . team ping pong kkj kuantan . sorang lagi tukang ambil gambar . so manager kita tak de dalam ni . 


bila tengok kolej lain berlatih , kita duduk bersadai tengok skill depa .eceh , padahal tengah takut ni , lawan semua hebat hebat youuu allll . haaa


first , saya bertemu dengan jerantut , second terengganu , third pasir mas and last sekali untuk final bertemu dengan kubang kerian . so , alhamdulilah semuanya dapat dilepasi dengan baik . which means , team saya untuk dua perseorangan dan satu bergu berjaya menjadi johan . termasuk johon keseluruhan untuk sukan ping pong . hehe.


seterusnya , haruslah bergambar dengan best friend merangkap ketua kontigen dan orang kuat volley ball bersama banner kolej sebelum balik selepas acara pengambilan hadiah . 


and lastly habis game, malam tu even penat sangat tapi puan dah janji kalau menang dapat pergi jalan-jalan terus rasa fresh balik dari penat sebab dapat pergi wakaf che yeh . and bila balik kuantan ada satu lagi puan janji untuk belanja makan ikan bakar dekat tanjung lumpur giteww . haha . 

tapi even menang semua game pun , saya dengan kawan sorang lagi tak terpilih untuk tournament pergi ke johor bahru . incharge cakap sebab kira mata katanya . walaupun sebenarnya kalau ikutkan mata kitorang lah yang paling tinggi sebab empat-empat game kita conquer 11 mata . tu tak termasuk double or triple set lagi . lagi satu , incharge ni kalau nak kelentong agak-agaklah , macam kita ni bidang terjun pulak dalam sukan ping pong ni tak tahu apa-apa . tapi apa-apa pun malas nak fight sangat , bulan 6 kita ada aktiviti lain dan yang paling penting kami dah bawak balik medal emas untuk kolej . hmm

so , itu je lah . minggu ni pun akan agak busy preparation untuk final exam . doakan saya . setakat ni , semua yang berlaku alhamdulilah mengikut kehendak saya dan yang paling penting sebenarnya biarlah mengikut kehendak Allah swt . malah sangat-sangat okay . alhamdulilah :') . so , apa-apa pun doakan lah saya okay . hehe . assalamualaikum 

practical story #1

assalamualaikum . serius dah lama tak menaip . sekejap taip sekejap padam je sebelum ni . since saya memang busy , ditambah pulak baru-baru ni lappy rosak jadi tak bolehlah saya nak update blog . begitulah alkisahnya . bosannya ayat ==' . and lagi satu saya baru lepas habis exam mid term sebenarnya

okay dah hampir sebulan lebih saya praktikal untuk semester 4 . interestinglah jugak semester 4 ni . lagi pun sem 4 ni more to komuniti . kekonon apa-apa yang tentang kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat gitewww . sem kali ni saya banyak praktikal di klinik berbanding di wad . sebab baru je dua minggu masuk wad surgical dengan orthopedic then balik klinik kesihatan balok semula . 

kalau sebelum ni saya banyak cerita pasal dalam wad je . so , entry kali ni khusus untuk entry klinik dan komuniti . kerja dekat klinik ni dia ada hari kekadang busy , kekadang lengang . dan kumpulan saya more fokus to unit mother child health berbanding dengan unit opd atau emergency . tapi kekadang pergi jugak dekat situ sebab tak cukup staff . 

selain duduk dekat klinik , buat antropometri , bagi suntikan imunisasi , check ibu mengandung , booking and tolong sister menaip buat return lepas tu sister belanja makan . haha . kitorang ada jugak pergi melawat rumah dan sekolah . first sekolah yang saya pergi dekat tadika al-safinnah pelabuhan kuantan untuk buat pemeriksaan fizikal dan bagi mereka makan ubat cacing . teringat pulak zaman kecik , kita pun dulu macam ni 



caption diatas

selain tadika , hari ni kami pergi sk balok and sama jugak untuk buat pemeriksaan fizikal ditambah dengan health talk + suntikan imunisasi . penat jugak lah hari ni . tak tahu kenapa penat sangat .



bergambar dalam bas tu perlu sebelum berangkat . bas sesat nak cari sekolah ni tau =='





and yes , ni lah sekolahnya . so , misi garang datang nak cucuk adik-adik . grrr . apa yang kelakarnya , bila bagi health talk tadi . bila cakap assalamualaikum terus depa ni jawab penuh dan berlagu waalaikumsalamwarahmatuAllahiwabarakatuh cikgu/nurse/doktor . semua gabung sekali gus . haha

tak kurang ada je yang buat rileks bila kena cucuk , pucat , menggigil nampak jarum and yes ada yang menangis . yang kelakarnya bila sorang nangis , 2 3 orang yang belakang pun nangis jugak . then bila dah kena cucuk action pulak depan kengkawan yang lain kata tak sakit . aiseh !  . ingat tak kuat mana sebab bebudak ni kecik je tapinya haa siap dengan saya-saya kena terajang sebab pegang tak nak bagi bergerak

okay itu sahaja roger dari saya yang dah lama tak wujudkan entry ini . esok , still akan pergi sk balok baru untuk buat aktiviti yang sama tapi untuk student darjah 6 pulak . tapi tadi dah beramah mesra dengan diorang sebenarnya , sebab balik dari tandas terus bebudak perempuan tahan , ingat nak buli ke apa rupanya nak salam . so , esok inshaaAllah kita jumpa lagi k :D


memandangkan dah habis exam haruslah berjimba-jimba dan bershopping menggunakan duit elaun dan terasa diri ini sebenarnya sudah melebihi bajet yang ditetapkan . . blerghhh =='


dan oleh kerana cuti diluluskan pada weekend ini , haruslah bershopping untuk kesayangan kakak sarah dan adik qausar juga ! i'm to addicted dengan baju-baju baby sekarang . haha .serius rindu dekat anak-anak buah . tunggu acu balik :'D

sampai disini sahaja entry kali ini . okay bye assalamualaikum