Followers

jururawat

assalamualaikum

hari yang baik untuk taip blog setelah berjuang dengan final exam selama seminggu  . bebas ! bebas dari tidur lewat study last minit malam-malam . 4 pagi baru tidur , mata pun dah agak macam panda . sekarang rasa macam nak tidur lama-lama , qadha tidur yang lepas . sigh ==' tapi takpe , taip blog dulu sebab masa tengah exam lah idea untuk menaip tu datang . so , hold dulu . habis je exam baru start .

okay macam ni , memandangkan ramai adik-adik lepasan spm yang tanya saya pasal bidang jururawat dengan inbox message yang saya tak ter reply pun . sory , saya busy . so jom kita reply kat sini . okay nak jadi nurse ni bukan sekadar nak jaga orang , nak buat amal , nak bagi makan ubat dekat patient or etc . kalau korang masuk dalam bidang jururawat ni sebenarnya korang akan nampak meluas skop tentang kerjaya nurse ni . 

cita-cita memang nak jadi nurse ?

*no , dari saya kecil sampailah sekolah menengah jururawat bukan kerjaya pilihan saya . yang biasa tulis dalam biodata part cita-cita ialah . cikgu (ofcourse cikgu) , setiausaha pejabat (terpengaruh tv dan novel boleh mengorat bos muda,LOL) , wartawan (wartawan macam majalah 3 dulu-dulu sebab nak pergi jalan-jalan keliling dunia) dan pembaca berita (bajet macam suara best je ==' ) 

minat ke jadi nurse ?

*tidak , dulu saya tak pernah terlintas nak jadi nurse . bukan setakat tak terlintas , saya memang taknak pun jadi nurse . lagipun saya sebenarnya dah terbiasa dengan skop kerjaya nurse sebab kakak-kakak saya memang semuanya nurse . cuma lain bidang dan lain warna line atas tudung sahaja . which means , kakak sulong saya dalam bidang pergigian (kuning) , dan sorang atas daripada saya dalam bidang kebidanan atau lebih dikenali sebagai jururawat masyarakat (purple) . dah lah tu dua orang je kakak :P dan saya staffnurse lebih kepada medical surgical (biru) . tapi sebenarnya skop jururawat masyarakat dengan stafffnurse ni lebih kurang sama je .

kolej akak swasta atau kerajaan?

*kerajaan . kalau swasta saya tak keluar dah uitm hari tu . lagipun swasta kena buat ptpn yang mana kena pimjam rm60 000 . tapi alhamdulilah kat sini , kitorang dapat elaun setiap bulan rm835 . elaun uniform , elaun buku dan tudung , kasut termasuk stokin diberi percuma . haa gitewww . pendek kata , masuk kat sini tak payah mak ayah nak laburkan duit pun . cukup je . nak saving pun boleh , nak shopping apatah lagi . hehe

habis belajar akak terus kerja ke?

*mengikut perjanjian , yes kami akan dapat kerja terus habis belajar . tapi adalah gap masa untuk bercuti . cuma sekarang , kualiti seseorang jururawat amat dititik beratkan . so pointer yang kurang daripada 2.50 and above tak silap saya tidak akan dilantik . so , alhamdulilah setakat ni saya still boleh carry on

susah tak belajar nursing ni ?

*susah , bagi saya susah sebab dalam nursing korang tak belajar pun pasal akaun , matematik , tassawur etc . ia more to anatomy and fisiologi , penyakit itu ini , obstetric and gynaecology , community , emergency and etc . banyak lah . semuanya akan ikut berperingkat mengikut semester . tapi inshaaAllah boleh je nak carry on even korang bukan daripada kelas sains tulen . ramai je kat sini yang macam tu . itu teory , praktikal macam mana ? kitorang kat sini akan praktikal setiap sem , masuk wad atau klinik khusus dengan apa yang kitorang belajar sem tu . kira macam kerja lah . ikut shift kekadang pagi , petang , malam dan office hour . skill memang kena mantap . masa student ni lah kita kena betul-betul belajar bila praktikal , baru lah boleh jadi jururawat yang berkualiti bila qualified nanti




masuk je kolej kitorang korang cuma akan nampak putih je . yes uniform colour putih dengan kasut sekolah b-first . LOL

nak apply dekat mana ?

*apply dekat web spa8 , which means ada banyak lagi bidang pramedic yang boleh korang apply macam MA , fisioterapi , farmasi,pembantu makmal and etc . doktor je takde okay . 



seronok jadi nurse ?

*yes seronok ! jadi nurse ni korang akan contact dengan ramai orang dan yang bermacam ragam . kalau bab pengalaman ni saya taknak cerita banyak sangat sebab entry-entry sebelum ni dah banyak saya cerita . bukalah kalau rasa nak tahu . hehe




selain itu , entry ini diwujudkan juga sebab bebaru ni sebenarnya nurses day . so , alhamdulilah tahun ke dua sambut nurses day sebagai seorang jururawat pelatih . pelatih baru okay , saya belum qualified lagi .happy nurses day to me !haha inshaaAllah tahun depan bulan 6 saya akan tamatkan diploma kejururawatan ini . aamin aamin aamin . dan dalam proses memikirkan lagi tempat posting yang akan dipilih . eceh . 


tak pernah senaraikan pun dalam biodata untuk jadi staffnurse . tapi yes , sekarang baru tetap dalam hati dengan kerjaya pilihan ini setelah melakukan istikarah 2 tahun yang lalu . 

*semoga entry ini menjawab soalan-soalan yang adik-adik tanya . kalau ada nak tanya lebih lagi . comment je dekat entry ni . inshaaAllah saya jawab . bye . assalamualaikum