Followers

epilog . 2013 vs 2014

assalamualaikum

nak taip ni rasa berdebar pulak . haha . oleh kerana tahun 2013 cuma ada 11 entry disebabkan kemalasan yang melanda marilah wujudkan entry yang pertama bagi tahun 2014 . kekok tau tak nak taip ni ==' 

awal tahun 2013 , rasa macam disaster sangat hidup ni . qausar masa tu sakit and jalani operation , pointer sem 3 jatuh merudum , pegang jawatan dalam mpp yang terlalu banyak kerja dan masalah-masalah yang lain tak ingat dah .yang ingat ni pun sebab yang terkesan mendalam sangat dalam hati ni . oleh itu , terus berazam  melepaskan matlamat lain untuk slow slow capai impian lain . 

so untuk tahun baru 2014 ,



kenapa eiffel tower ? ntah sebab minat sangat eiffel tower . kalau boleh barang semua nak ada gambar eiffel tower. and ntah suka ayat l'effort est ma force lepas tengok cerita korea cheongdamdong alice . haha selalu nak sama macam kisah cerita korea.

saya biasa buka entry pasal qausar dalam entry-entry lepas .untuk tahun 2014 ni . alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah qausar dah pun cukup setahun . alhamdulilah qausar sihat and aktif . ni nak nangis kalau cakap pasal qausar . okay yang penting qausar sihat alhamdulilah tu point dia . alhamdulilah untuk tahun 2014 saya dah tak pegang apa-apa jawatan dalam kolej ni . leganya rasaaaaaaaaa macam bahu yang senget ni dah balance balik . no more tanggungjawab yang berat ni , and boleh fokus untuk jadi pelatih tahun akhir semster akhir yang biasa . fokus belajar dan praktikal . dan alhamdulilah pointer yang merudum jatuh dulu naik semula . alhamdulilah . jadi bertubi-tubi berita gembira untuk tahun 2014 ni . terima kasih Allah *kesat air mata



little qausar dengan kakak sarah



so ,this is what we had together . belajar sama-sama . alhamdulilah tiga-tiga dapat sijil :)
dalam 11 entry pada tahun 2013 tak pernah pun sentuh pasal jodoh , cinta and seangkatan dengannya . which means masa last tahun 2012 disebabkan banyak hal yang terjadi yang membuatkan saya rasa down untuk capai beberapa impian . saya lepaskan satu matlamat iaitu nak berhenti dari cari seseorang ,berhenti tunggu seseorang dan taknak berkenalan dengan sesiapa pun,berhenti cakap pasal jodoh , kahwin and cinta-cinta ni . nekad tau masa tu . serious . sebab rasa macam cukup-cukuplah berangan AJ oi . haha

dan bila matlamat yang dilepaskan dulu mencapai kata nekad . tak sangka Allah buka hati ni untuk mengenali seseorang .Allah hadirkan seseorang . okay berhenti sekejap tak tahu nak mula dari mana . haha . dah lupa dah nak taip ayat ayat macam ni.tapi rasanya sekarang bukan masa nak cakap pasal semua ni.lain masa u ols okay . lain masa nanti . bila dah bersedia . dan sejujurnya , saya rasa macam dah ada pilihan hati sendiri , bila Allah redha dan mak ayah redha inshaaAllah , saya terima :) tu je hint dia . biarlah tuan punya diri dan seseorang je tu je yang tahu . better.inshaaAllah pilihan terakhir :) 

so , rentetan ni semua terkesan kat hati ni . apa-apa soal duka , gembira etc saya bersyukur dengan apa yang saya alami . life more challenging and interesting . hadapi ia jangan elak and selesaikan kalau ada masalah . terima kasih Allah untuk kehidupan yang hebat ni . terima kasih semua yang tersayang sebab warnakan hidup ni .




"Allah takkan pertemukan kita dengan seseorang tanpa alasan dan sebab yang kukuh , percaya janji Allah "





staffnurse to be september 2014 . tengoklah nanti saya dapat posting dekat negeri mana . walhal sebenarnya diri ni buntu nak isi 3 pilihan tu . plan sentiasa berubah-ubah .

oh yaa untuk tahun 2014 ni , saya ada buka my online shop the sister's project . do visit readers.


No comments: