Followers

skop kejururawatan . best ke jadi nurse ni ?

assalamualaikum korang :)

okay tujuan saya taip blog kali ni sebab sejak dua menjak ni saya selalu je dapat pertanyaan pasal apa-apa yang berkaitan dengan nurse . sorry tak dapat reply korang sebab saya sangatlah busy minggu ni . oleh kerana dah semester akhir so kelas cuma dua minggu dan selebihnya praktikal sampai akhir sem . sekarang ni pun kerja 10 hari tanpa cuti sebab postpone cuti untuk balik raya cina ni . sanggup kau . haa haha . so marilah saya jawab pertanyaan korang kat sini . so ramai yang boleh baca :)



rata-rata soalan yang famous macam best tak jadi nurse ni ? susah tak jadi nurse ni ?

so,biarlah saya cerita pengalaman saya sejak jadi student nurse ya . permulaan , saya tak minat pun kerjaya nurse ni . seriously tak minat sebab cita-cita saya nak jadi cikgu . tapi nak buat macam mana apply IPG tak dapat.punyalah menangis masa ni . tapi masa lepas spm hari tu saya isi semua borang online macam ipg , matrik , upu ,  dan spa . alhamdulilah saya dapat semua tawaran tu kecuali IPG :( yang nak sangat lah tak dapat . dan untuk SPA ni kena temuduga dulu dan buat 5 pilihan and lastly sekali saya pilih jururawat . masa tu mak saya gigih tau hantar pergi temuduga and saya lah orang paling lewat sampai untuk temuduga . hati kan kata tak nak masa tu . tapi alhamdulilah masa dah masuk uitm course accountacy saya dapat surat untuk diterima masuk dalam kementerian kesihatan malaysia (kkm) sebagai jururawat u29 . 

masa tu macam berbelah bagi nak pergi ke tak nak . tapi akhirnya saya pergi jugak.mak ayah tak paksa pun cuma jauh dalam sudut hati saya tahu yang diorang memang nak saya masuk KKM. yakin dengan pilihan selepas solat istikarah . mungkin rezeki saya dalam bidang kejururawaratan . masuk je kolej , masa ni sem satu punyalah rasa menyesal sebab kat sini absolutely jauh beza environment dengan universiti . ditambah pulak result sem satu yang buat hati ni jatuh tergolek-golek . malu sangat dengan result masa tu . rasa macam ntah tak boleh nak describe lah u olls . tapi alhamdulilah sekarang okaylah .

mula-mula saya selalu tak redha dengan kerjaya ni . nak sangat jadi cikgu uolls . haha . then ,sebenarnya kalau korang masuk nursing ni korang akan tahu yang skop nursing ni meluas . banyak cabang yang korang boleh pergi . bermula dengan diploma dalam gred jururawat u29 , korang boleh sambung post basic which means dalam mana-mana unit yang korang nak atau mahir dalam sesuatu unit tu macam forensik,emergency,renal,cardio ,respiratory ,psy,obstetrik dan banyaklah . korang pun boleh sambung degree kalau nak . ofcourse lah nak kan . dan secara automotiknya gred gaji pun akan meningkat . bila dah ada degree boleh pilih kalau korang still nak jadi jururawat dengan gred u41 or boleh apply jadi pengajar jururawat . pun boleh jadi cikgu . atau korang boleh je nak jadi specialist nurse dalam unit-unit yang korang minat . atau dari jururawat korang dinaikkan pangkat jadi sister lepastu matron lepas director of nursing (DON) dalam malaysia ni sorang je tau . haa . korang pun boleh nak apply kerja dekat luar negara macam dekat arab,brunei,indonesia dan lain-lain . 

pengajar pernah bagitahu saya yang "you boleh jadi cikgu , dalam wad you still boleh ajar patient-patient you and tak semua orang boleh buat kerja kita ni "* deep inside* . tapi bila saya didedahkan dengan semua ni , saya macam nak beralih arah . maksudnya , saya tak nak apply untuk jadi pengajar tapi saya nak jadi specialist nurse bahagian cardio (jantung) tinggi cita-cita kata ko . haha inshaaAllah kalau ada rezeki . aamin . why dalam bahagian jantung ? one of the reason sebab anak buah saya yang menghidap penyakit jantung :( kalau cakap pasal qausar rasa sedih sikit . haa mula dah . selain tu , saya pun minat dalam team surgical (pembedahan) . tapi nanti kalau dah posting tak tahu lah dicampak dekat unit mana. kalau boleh nak apply surgical .

sesetengah orang tak suka pun nurse ni . apatah lagi nurse goverment . tapi saya tak cepat melatah pun sebab saya tahu orang awam ada pendapat masing-masing.yang boleh saya katakan kalau dalam 10 ada 1 nurse yang buat nila tertumpah atas susu . yang 9 nya lagi pun akan dipersalahkan . why ? setiap orang berbeza. setiap jururawat pun berbeza . jadi jururawat korang kena berhadapan dengan macam-macam orang . dengan staf-staf hospital yang lain , patient , saudara mara pesakit etc . ramai sangat . kena kritik itu ini . kena biasalah dengan semua ni . dalam nursing ni kena ada knowledge dengan skill . kalau takde semua ni , kita akan selalu ditindas . lagipun kita main dengan nyawa orang . saya ni pun kekadang fikir macam merangkak lagi . acane nak kerja september 2014 ni . haaa takut . yelah , time student still ada yang backup lagi bila dah jadi staff nak pakai lace biru tu rasanya berat sangat tanggungjawab . haaaaaa takut

best friend . hampir 3 tahun sama-sama :') susah senang

bila dah masuk semester 6 ni , dah hampir 3 tahun belajar barulah rasa yang saya memang minat dengan kerjaya saya . i love my job . biarlah ramai yang tak suka misi pun T T apa salah saya korang ? haha masa student ni pun kita didedahkan dengan banyak kes and pengalaman-pengalaman clinical . best tau u ollss even keje korang memang penat . serius penat sangat kalau kerja dekat wad terutamanya wad yang busy dan aktif . untuk semester akhir kitorang akan didedahkan pengalaman klinikal dengan operation theater dengan accident & emmergency . dah lama nak masuk kat sini . tak sabar jugak nak tengok dr buat apa-apa pembedahan . i hope so , dapat tengok dr buat craniotomy . nak sangat tengok and belajar . 

kesimpulannya,best tak jadi nurse ni ? best ! kalau korang betul-betul minat or boleh je masuk dulu and tanam kan minat u olls . haha macam saya . actually saya banyak je story pasal pengalaman-pengalaman saya dalam blog ni . boleh preview entry yang lama-lama . oleh kerana saya selalu je busy , kalau kerja shift pagi , petang ada kelas , malam focus on my business pulak haa . haha dan sebaliknya kalau kerja shift petang and malam . adik-adik boleh je nak mohon nurse kerajaan ni . korang tak payah menyusahkan mak ayah pun sebab setiap bulan korang akan dapat elaun rm835 . lebih daripada cukup sangat . 



esok shift pagi . so , saya kena tidur awal . okaylah thanks for reading :)




21 comments:

haniz said...

awak nie student KKM yek... bertuahnya dapat masuk bilik bedah...saya study dulu x berpeluang pon nk masuk bilik bedah tgk
pemedahan...kalu nak ambik post basic kena jadi nurse dulu an...lau belajar nursing tp minat tu x sampai-sampai gak cam ne yek huhuhu

Anonymous said...

Akakkkk...rindu akak...from july13

Anonymous said...

Hye anonymous.. Saya pun julai 13

Anonymous said...

Hi akak,macam mana nak jadi nurse ? saya baru lepasan SPM.

thaarsini siwasamy said...

daftar kat SPA...

elida tasnim ahmad said...

assalamualaikum akak..sy lpsn spm..akk mmg mohon kolej kejururawatan ye?

noraini sylvester said...

alhamdulillah.. sy pun dpt gak jururawat u29 intake prtama 2015 . 18jun ni baru diberitahu penempatan . pengalaman temu duga mmg sgt mncabar haha dua kali tmu duga at last baru dpt yg kedua kali nih huahh. happynya .

Anonymous said...

Hi, nak tanya, kalau dh dpt diploma kejururawatan u29 under spa, macam mana nak smbung degree? Adakah ianya mengambil masa yg lma utk dpatkn degree?

Syiera said...

Salam akak..sy dapat latihan jururawat u29 bagi sesi januari 2016..tapi nak check penempatan x bokeh..da macam2 website sy try..tp x blh..camne nk check ye akak? Mohon bantuan..tq akak

Mila Milot said...

syiera. kan dia dah cakap start 15 baru bleh print out surat tawaran.

Aqil Izzati said...

Assalam akak,,,i am in dilemma,,saya dpt Kos MA kat spa,tp skg saya tgh balaja nursing kpj. Sy x taw nk pilih yg mne,,help me akak..

Aqil Izzati said...

Assalam akak,,,i am in dilemma,,saya dpt Kos MA kat spa,tp skg saya tgh balaja nursing kpj. Sy x taw nk pilih yg mne,,help me akak..

Анна Лапина said...

Индивидуалки Киева sex Большое несчастье желать смерти, несравненно большее — бояться ее помогут скрасить не только ваш досуг, но также могут украсить вас как мужчину, личность. Обворожительная шлюха составит компанию состоятельному мужчине. Подробности встречи по телефону.

Anonymous said...

Aqil izzati , bestnye dapat MA . Niat mmg nk MA tp dpt nursing ��

Anonymous said...

Best ah dpt MA. Saye dpt nursing , tak berapa minat ��

eyes tracker said...

Sy student degree nursing uitm.. seriouslyyyyy.. tk mnat. Kalw MA mcm best... tp mcm mne nk apply MA ea???

Syamieza Atikah said...

salam akak. saya bdak matrik and skarang tgh last sem. saya cdg nak pilih kos nursing ni. tpi boleh ke saya apply kos ni sbb pointer sem 1 saya hampir tapi tak melepasi 3.0 huhuhu

Intan Maisarah said...

salam akak .. saya nak tnya .. mcm mna nak jadi nurse .. nak mohon mcm mna yaa ? apa syarat nk jadi nurse ?

Anonymous said...

salam kak..sye nih lpsn spm n sye ni lelaki.bleh x akak terangkan kerjaya sebenar ni utk kaum lelaki...tq sye ucapkan...mohon pencerahan khas utk lelaki yg memandang negatif course ini..

Perempuan Bunga said...

akak, saya dah mohon online melalui SPA.Macam mana nak tau dapat atau tidak?

aisyhah helmy said...

Diploma sains kejururawatan dan diploma kejururawatan sama ke?